1. Gunakan warna-warna yang 'natural' SAHAJA.
§ Elakkan lipstik yang
berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah,
purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya.
§ Pilih warna-warna yang
SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita.
§ Elakkan warna-warna yang
terang seperti eye shadow hijau,
biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna naturalseperti coklat dan perang (bronze).
§ Konsep make-up hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan
keterampilan bukannya sehingga jadi topeng di muka.
2. Jangan gunakan bulu
mata palsu!
§ Bulu mata palsu adalah
sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu,
boleh gunakan sedikit mascara. Pastikan dibersihkan
sempurna jika mahu ambil wudhuk!
§ Kedua-dua pihak yang
terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.
§ Maknanya, walaupun make up artist sekadar memakaikan, tetap dapat saham dosa
seperti pemakainya. Be careful terutamanya make-up artist beragama Islam!
3. Kening TIDAK
DICUKUR / DICABUT!
§ Antara perkara yang
menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah
HARAM dan BERDOSA?
“Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka ( al Namisah) atau
meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah
ciptaan Allah” Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Kesimpulannya? Kecantikan
sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam
berhias.
InsyaAllah dengan itu dapat
menundukkan nafsu dan mencegah fitnah.
SHARE mesej ini dan
didoakan lebih ramai mendapat manfaatnya. InsyaAllah!
#copydarigroupsebelah #mogabermanfaat
No comments:
Post a Comment