Monday 19 October 2020

Kalau tak mampu buat jangan tinggal semua

 

Sahabat,

Waktu kelapangan kita berbeza..

Aktiviti harian kita berbeza..

Tenaga kita berbeza..

Seronok dan bahagia bila lihat sahabat lain dapat buat banyak amal dan kebaikan..

Jauh di sudut hati nak juga ikut buat semua..Tapi apakan daya..ada sahaja cabaran..letih tak ada daya, terikat dengan masa, belum cerita penat emosi hingga sakit-sakit..

Kadang-kadang kita rasa down tak dapat buat semua..Jom pesan pada hati kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua..💖💖💖

Tak sempat baca 1 juzuk Al-Quran jangan tinggal terus Al-Quran..

Tak sempat baca surah Al-Kahfi, jangan tinggal 10 ayat pertama Al-Kahfi..