Saturday 3 August 2019

Pengalaman Demam Denggi..seksanya Allah je tahu..

Assalamualaikum gaiss..

Hari ini genaplah 3 minggu sis terkene DEMAM DENGGI..Penyakit yang tak disangka-sangka tak terfikir langsung nak kene..sebab rasanya rumah sis dah selamat dari tempat pembiakan nyamuk aedes ni..tapi kali ni sis terpilih untuk diuji dengan Demam Denggi..tak tau dari mana datang Allah jualah yang merancang..TQ Allah..


DEMAM HARI PERTAMA - HARI KHAMIS

Bangun pagi khamis dah mula sakit kepala dan demam. Demam kali ni lain macam sebab demam yang menggigil. Nak mandi pun rasa sejuk yang amat. Tapi terpaksalah mandi dan bersiap hantar anak ke sekolah.

Bila dah hantar anak ke sekolah, sis rasa tak larat nak ke ofis. 10x fikir nak pergi kerja ke tak nak ke tak, larat ke tak ni. Sampaikan terbaring kat seat sambil fikir punyalah rasa tak larat tu kan.

End up sis terus ke klinik dan dapat MC.

Masa tu doktor bagi ubat basic jela. Sebab baru hari pertama Demam kan. Bila dah ambil MC sis terus balik rumah. Kali ni TAHAP SAKIT KEPALA dah menjadi-jadi.

Nak masuk rumah pun TAK LARAT!

Apa sis buat??

Sis tido je dalam kereta parking DEPAN RUMAH! dalam setengah-1 jam. Memang DENGGI ni akan buat korang SAKIT KEPALA.



HARI KEDUA DEMAM DENGGI - JUMAAT

Okkkk masa ni dah start MUNTAH-MUNTAH !!!

Malam tadi tido pun terjaga 3 pagi muntah. Sampai ofis beli staff belikan 100plus minum je pun muntahhhh wehhh..Apa yang masuk dalam mulut dia keluar balik..Bila sis baca balik tanda-tanda Denggi ni DEMAM, SAKIT KEPALA, SAKIT SENDI,MUNTAH,CIRIT-BIRIT..(lain orang lain tandanya)

Kepala pun dah pening-pening..

Akhirnya TEWAS kerja separuh hari je..balik dan ke klinik LAIN pulak..doktor pun tak suspek apa-apa lagi time..



DENGGI HARI KETIGA - SABTU

Berehat je kat rumah. Kepala dah pening melayang-layang. Tak boleh bangun ye nanti jatuh. So kerja sis hari itu baring dan tido sahaja. Dengan harapan makan ubat boleh baik.



DENGGI HARI KEEMPAT - AHAD

Masa ni kepala tak baik-baik masih pening huyung-hayang lagi. Ya Allah tak larat weh nak bangun. Hanya mampu baringgg je.

Petang tu sis ke KPJ RAWANG sebab tak tahan dah sangat. Check demam dah 40 doktor bagi kata putus untuk WARDED!

Lepas check darah rupanya baru tahu sis DEMAM DENGGI!!! Bacaan platlet masa ni 52! Doktor masuk dah risau katanya platlet agak drop, dan hati dah start membengkak, in case esok masih turun kene TRANSFER KE HOSPITAL SG BULOH.






DENGGI HARI KELIMA - ISNIN

Masa ni nurse bagi cawan untuk sukat berapa banyak air korang minum. Sebab demam denggi tak de ubat oi. Kene banyakkan minum air dan ke toilet. Seksa ke toilet Allah sahaja yang tahu.

Sebab kene angkut mesin masuk air tu ke toilet sekaliiii..ya rabbi....tak ke jenuh...dengan tak larat, kepala huyung,.lepas tu tangan berjarum, nak angkut mesin lagi, nak sukat air kencing lagi dalam toilet.......

Belum cerita bab check darah..1 hari berapa kali duk ambil darah..saakit wehhh...nak balikkkkk....

Waktu tengahari doktor kata platlet sis dari 52 JATUH 32 pulak..........so kene tolak ke Hospital Sungai Buloh naik ambulance....




Sedihnya Allah je tahu..sebab ingat dapat stay KPJ Rawang dapatlah anak sis datang melawat, dan rumah pun dekat..

Sampai di Emergency Hosp Sg Buloh..Macam biasaaa check lagi darah
..sakitttttt oi....lepas tu naik ward!




Sampai di ward datang sorang doktor sesi interview..Dah berapa hari demam? tanya itu ini? Ada pergi mana? Last ke mana?

Paling scary bila dapat tahu sis period masa denggi tu..doktor dah risau dan tanya heavy ke tak..? berapa kali tukar pad?

Sis memang perasan agak heavy period time denggi..masa period hari kedua dah heavy PELIK juga..sebab tak sihat pun heavy..rupanya bila time denggi period memang akan heavy pun....masa ni nak jaga supaya badan tak kehilangan darah yang banyak..Allahu..


DENGGI HARI KE ENAM - SELASA

Masa ni dah warded di Hosp Sg Buloh kat wad 7..rutin sama check darah entah berapa kali, kene minum air, kene ke toilet angkut mesin,kene rekod berapa banyak ko kencing berapa banyak kau minum air.

Masa ni badan dah START GATAL-GATAL!!

Dan ruam merah kecik-kecik dah mula TIMBUL!!

Dia punya merenyam tu tak boleh bincang! Habis gatal kaki-kaki, tapak kaki pun gatal, tangan eh semua...

Platlet dari 52, drop 32, drop 22, drop 21, drop 19, drop 17, drop 16 dan drop 15..

Platlet orang sihat normal - 150 - 450
Dan sis - 15 😪😪😪

Makin hari makin drop!

Tapi sis gigih minum air banyak. So doktor check rekod buang air pun banyak.

Masa ni ayah sis dah masakkan SUP KETAM..time denggi SELERA MAKAN MEMANG OUTTTT...

Tekak pun rasa pahit!



Yang korang tahu nak baring nak tido nak rehat..Kepala pusing..Badan lemahhh yang amat,..gatal-gatal....dan ting tong teruk....



DENGGI HARI KETUJUH - RABU

Platlet dari 15 petang tu naik 30. Masa ni doktor bagi discharge. Syukur. Tapi platlet Masih RENDAH...30 kott...

Disscharge pun dah malam..

Masa discarge doktor pesan kalau ada apa-apa TANDA muntah, cirit-birit, pendarahan kene segera balik ke emergency..Sebab masa ni belum stabil lagi platlet pun 30 je..Balik rumah pandai-pandailah jaga diri!




DENGGI HARI KE SETERUSNYA - JUMAAT - ISNIN

Sis dapat MC dari hospital selama 8 hari.

Berehat je kat rumah, tak.masak, tak mengemas tak buat banyak kerja sebab badan rasa lemahhhh yang amat. Seksa juga sebab kita ada anak dan keluarga..

Kene harap bantuan dari pasangan untuk handle kerja-kerja rumah dan uruskan anak.

Kalau ikutkan badan memang tak cukup MC 8 hari..sebab huyung lagi..tapi apakan daya dah namanya pun kerja..gagahkan diri jugak walau ting tong dan lemah sangat waktu ni..



DENGGI HARI KE-12 - ISNIN

Masa ni kene refer klinik kesihatan terdekat nak check darah. Alhamdulillah discharge hari ke 7 platlet 30 sekarang hari ke-12 platlet naik 330!

InsyaAllah masa ni mungkin denggi dah kebah..Cuma pening dan ting tong kepala tu masih ada dekat 2 minggu lebih jugak!

Pergi ofis day 1 tu badan gatal-gatal lagiii..

Ruam pun masih penuh kat kaki, peha semua..Sis redha! Hati kat bawah dekat perut pun agak SAKIT mungkin effects denggi tu sendiri.

Sekarang dah masuk 3 minggu..Syukur dah boleh jalan hidup seperti biasa..dah kurang pening, badan dah larat nak buat kerja rumah semua..Syukur sangat-sangat..

Apa yang sis amalkan masa denggi :
- Minum air masak yang banyak.
- Minum Jus Betik. Pahit tokk.
- Sup Ketam.
- Minum jus pink guava.
-100plus tapi doktor tak suggest awal minum ni sebab bergas kan.
- Berehat berehat berehat.
- Jangan buat kerja berat.


Dugaan waktu Denggi :
- Sakit kepala.
- Muntah-muntah.
- Lemah nak baring je.
- Kepala huyung.
- Badan gatal-gatal.
- Tak larat nak ke toilet.
- Hilang selera makan.
- Rasa berada di alam yang lain sebab pening.
- Sakit sendi.


PENGAJARAN DENGGI :
- Jangan pandang remeh dengan Denggi.
- Pastikan jaga kebersihan persekitaran rumah.
- Jangan buka pintu waktu pagi dan senja masa tu nyamuk aktif.
- Jangan ada air bertakung.


PENGAJARAN WAKTU SAKIT :
- Bersyukurlah anda sihat.
- Bersyukurlah dapat Solat dengan selesa.
- Bersyukurlah dapat ke toilet dengan selesa.
- Bersyukurlah masih ada tenaga dan kudrat nak bekerja dan melakukan apa-apa.


Tu jela sis nak share setakat ni...

Dengar penyakit biasa ala denggi..

Tapi bila dah rasa baru tahu azab dia macam mana..Hatta nak solat pun dugaan juga. Sebab lemah sangat dan huyung lagi kepala..SUMPAH sis rindu nak SIHAT!!!!

Terima kasih sudi baca.

Semoga kita semua terlindung dari penyakit dan musibah..Sakit penghapus dosa..Semoga kita belajar untuk menerima dan redha apa jua ujian yang Allah turunkan kat kita.


Keratan akhbar terbaru selepas 2 minggu sis kene denggi..Mujur umur sis panjang lagi..T____T

Ada orang kata sekali dah kene denggi, mudah nak kene lagi buat kali ke dua..Ya Allah.......moga dijauhkan dari denggi ni..aamin aamjn..

Wassalam..
Ely Norsuhaili Ali

Friday 2 August 2019

Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat

Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat :

- Tidak dihampiri syaitan

- Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.

- Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.

- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
Selamat dari segala sesuatu.

- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

- Diredhai Allah SWT.

- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

- Terhindar daripada syirik.

- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

- Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang.

- Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

- Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.

TADABBUR MENGURUS TAKDIR DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum gaisss...

Bulan March 2019 tahun ni..sis ada join satu kelas Tadabbur Al-Quran..pertama kali join seumur hidup ni....tu pun ada seorang sahabat yang sudi ajak dan war-warkan tentang kelas Tadabbur Al-Quran ni..

Nampak tak..

Pentingnya seorang sahabat yang baik..

Yang boleh bantu dan bimbing kita ke arah kebaikan..

Nak harap diri sendiri berubah memang payah dikkk...kene ada support dari sahabat yang sentiasa nasihat kita bimbing kita..barulah mudah nak istiqomah walaupun penuh dengan ujian dan cabaran..

Ok berbalik kepada Topik Kelas Tadabbur Al-Quran tadi ye..

TOPIK DIA ialah : MENGURUS TAKDIR

First sekali tengok topik tu terus sis dah rasa berkobar-kobar nak join kelas ni..Yela mengurus takdir kot..macam mana? bagaimana? macam mana nak plan dan urus takdir kehidupan sendiri dan masa depan? Lepas tu takdir tu apa? Boleh diubah atau tak boleh? Kita boleh pilih atau tak? Ehhhh macam-macam sis fikir tentang topik kelas tadabbur ni..tak sabar nak join..

Kelas start jam 10 pagi bertempat di TTDi..sis datang dari Rawang..perjalanan dalam 30-40 minit macam tu..

Dah sampai tu..Semua dah hadir..

Kelas bermula dengan ayat Al-Quran yang terpilih dibacakan dengan makna sekali dan ada cikgu terangkan berkait rapat dengan Topik yang dipilih tu.

Agak banyak nota yang sis dah tulis..

Tapi sis dapat simpulkan sedikit info tentang mengurus Takdir mengikut Al-Quran.

Sekarang baru sis faham takdir ni terbahagi kepada dua iaitu :

1) Mutlak - Yang tidak boleh diubah.

Contoh : siapa mak ayah kita / orang yang lahir dari  azali dari keluarga senang.

Yang ni tak boleh buat apa. Kita lahir dari keluarga senang atau susah semua takdir Allah dah tentukan. Dan pastinya perancangan Allah tu baik buat hambaNya. So start sekarang ni jangan bandingkan keluarga kita dengan orang lain. Itu rezeki dia. Rezeki kita Allah bagi dalam bentuk lain.

2) Berubah - yang boleh diubah dengan cara usaha dan ikhtiar.

Ibarat orang yang lahir susah tak semestinya sampai mati pun dia ditakdirkan hidup susah. Dia masih ada peluang untul UBAH TAKDIR hidup dia.

Tapi apa PILIHAN yang kita ADA?

Contoh nak Kaya..

Mencuri boleh kaya..Merompak boleh kaya..Bekerja halal boleh juga dapat duit..cuma memanglah bukan terus kaya..tapi usaha la..ambil pengalaman ke..sambung belajar ke..dan banyak lagi pilihan yang ada..berniaga ke..dll..

So disini lah titik permulaan nak mengurus takdir kita..


Cikgu pesan bila kita nak buat pilihan untuk takdir kita. Pilihlah jalan yang membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Jika pilihan kita Allah redha insyaAllah takdir dalam hidup berubah ke arah yang lebih baik.

Tapi kalau kita pilih jalan yang menempah Murka Allah..memang takdir buruk tu kita yang pilih sendiri..Masa tu jangan salahkan takdir..dah kau sendiri kerja buat benda haram lepas tu hidup porak peranda lepas tu kau salahkan takdir..Walhal dari awal kau tahu itu kerja haram tapi kau tetap buat..kesudahan mengundang murka Allah dan hidup tak bahagia..salahkan siapa?

Allahu..Sis pun baru jugak la belajar tentang ilmu kehidupan bersesuaian dan mengikut syariat agama kita Islam..sebab kadang kita blur stress lepas tu nak salahkan orang sekeliling..padahal sendiri yang pilih jalan tu..tanggunglaaa sendiri..lepas tu depression..Allahu..

Rasanya korang faham kan apa yang sis cuba nak sampaikan..InsyaAllah ada kesempatan sis cuba share lagi..

Wassalam,
Ely Norsuhaili Ali

#hidupyangbermakna

RESIPI SPAGETI GORENG

Assalamualaikum gaisss...

Haa kau berturut-turut sis share resipi bekal sarapan pagi ni..Dah tiba rasa rajin update jela blog kennnn...daripada biar bersawang githew..

Lagi satu sakit mata tengok hp penuh gambar makanan..duk simpan lama-lama kang hilang..tak dapat nak share..sebab lain orang lain caranya..sis share cara saiyya yang simple..sebab sis suka masak yang senang menang..sebab nak cepattt..pagi-pagi tu la kelam kelibut bersilat kat dapur..mana nak kejut anaknya, nak iron baju pepagi, nak masak lagi..adudu..

Ok jom start..

BAHAN-BAHAN :

- 3 ulas bawang merah.
- 2 ulas bawang putih.
- Setengah paket spageti.
- Daging ayam potong kecil.
- Carrot potong dadu.
- 1 kiub pati ayam.
- Hotdog potong.
- Fish ball ikutla ape nak tambah.
- Garam.

 Begini..senang asingkan macam ni..bila nak masak tu campak-campak je..jangan ada yang tertinggal keretapi sudohhh..

Sebelum nak start pastikan korang rebus dulu spageti..Tips nak cepat korang guna spageti yang jenis halus tu..memang cepat je lembut..sambil iron baju tu boleh la rebus..time ni memang multitasking..kene jalan 2 kerja sekali baru la lajuu..kalau tak tertinggal keretapi la..

Ok ni spageti yang dah siap direbus..masa rebus tu buh minyak sikit dalam air, dan juga garam..nanti dah lembut toskan dan siramkan dengan air paip supaya tak melekat nanti.

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan minyak. Masukkan daging ayam biar sampai masak.
2. Kemudian masukkan hotdog biar sampai masak.
3. Kaut tepi hotdog dan ayam dan tumis bawang di tengah-tengah kuali tu. Nanti korang rujuk la gambar eh.
4. Lepas tu masukkan carrot kacau sekejap.
5. Masukkan fish ball. Kacau agak-agak dah masak.
6. Dan masukkan kiub pati ayam. Pati ayam ni memang sejenis bahan masakan yang wajib ada di dalam peti. Sebab boleh buat dan masak macam-macam.
7. Kalau rasa kering buh air panas dan perisakan dengan garam.


8. Last sekali baru lah masukkan spageti dan kacau sebati semuanya..dah siapppp...


Untuk last sekali sis suka tabur black pepper..

Ok dah boleh bawak bekal ke ofis..


Alhamdulillah syukur..

Rezeki Allah yang melimpah ruah..

Kita semua beruntung cukup makan dan minum tempat tinggal..

Perkara wajib kene buat setiap hari ialah BERTERIMA KASIH dengan Allah yang Maha Baik pada kita..Syukur Allah..

Semoga dengan mensyukuri nikmat Allah nanti diperbanyakkan pula rezeki buat kita semua..aamin aamin ya rabbal alamin..

Semoga bermanfaat.

KEMPEN JOM BAWAK BEKAL.

Wassalam,
Ely Norsuhaili Ali

RESIPI NASI GORENG CINA

Assalamualaikum gaisss...

Tetiba hari ni berkesempatan nak share resipi mekpi Nasi Goreng Cina cara saiyyaaa...

Alhamdulillah sis baru baik dari denggi..so dah sihat sikit ni back to normal routine pagi-pagi bangun buatkan bekal sarapan pagi untuk sis sekeluarga..gitchew..

Kat sini sis share resipinya..

Tak susah pun nak masak waktu pagi ni..

Sebelum tidur kene pk siap-siap nak masak ape besok..pastu malam prepare barang ape yang patut..alih yang sejuk beku ke ape ke..pastu besok pagi campak-campak ajo.....

BAHAN-BAHAN :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ayam
Fish cake
Carrot
Telur
Garam

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Bawang ditumbuk, masukkan minyak tumis bawang.
2. Dah naik bau, masukkan carrot, biar masak sikit, masukkan fish cake, kacau-kacau sikit, masukkan kiub ayam.
3. Lepas tu kalau agak kering masukkan air panas sikit, buh garam kacau rata.
4. Dan last masukkan nasi. Gaul semua.
5. Kalau kurang garam perisakan, kalau rasa masin sangat boleh masukkan telur.
6. Dah siappppp....Tadaaaa...



Ni nasi goreng cina paling simple..kalau rajin boleh je masukkan daging ayam potong kecik-kecik..

Ni dah namanya masak waktu nak pergi kerja..so buat simple sudohhhh...

Jom masukkan dalam bekal masing-masing..


Ambil mengikut giliran ye..

Alhamdulillah siap dah pun..
Tak susah pun kan..
Dah jimattttt duit belanjaaaaaa...

Ok sekian saja..

InsyaAllah ada masa kita share resipi lain pula..

Wassalam..