Sunday 25 December 2016

Idea untuk susun atur buku...

Assalamualaikum..
Sebenarnya sedang mencari idea untuk mencari rak buku..sebab kapasiti buku di rumah dah melebihi had yang ditetapkan..
Yang paling senang google cari dekat IKEA..buat masa ni save dulu..baru nak tengok-tengok mana yang ok..sesuai dengan harga dan ruang simpanan..disebabkan rumah pun sederhana je diikuti budget yang tak seberapa..mmg kene ambil masa sikit nak pilih yang mana satu sesuai..
Bila tengok brg IKEA tak semestinya kene beli IkEA jugak..kdg2 kita boleh buat rujukan dari IKEa..then blh cari perabot lebih kurang sama dekat kedai perabot lain..cuma tula ambil masa sikit..dah namapun budget yg tak seberapa sgt..
Tak pasti nak ambil yang rak biasa atau yang lekat kat dinding...sbb ruang tamu pun macam dh crowded sgt......saja nak share gmbr2 yang dah diambil buat rujukan..ada rezeki adelah..kita merancang aje kan..mana tahu kwn lain pun ada tgh survey skrg ni..bolehla membantu..

Saturday 24 December 2016

BISIKAN DUIT...BISIKAN DUIT.....

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : Pitis
Org putih :  Money
Org arab  : Fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat LEMAH, Namun aku boleh MEMPORAK PERANDAKAN penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga BOLEH mengubah perilakumu dari baik menjadi JAHAT, bahkan sifat manusia, kerana manusia sentiasa MENGEJAR dan MENGIDOLAKAN aku.

Banyak orang BERUBAH keperibadiannya kerana aku, ada yang MENGKHIANATI temannya, ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan IMANNYA demi mengejar aku.. Hebatkan aku??

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang SOLEH & JAHAT, tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan DARJAT, menentukan KAYA atau MISKIN & rasa DIHORMATI atau TERHINA.

Aku bukan IBLIS, tapi orang selalu melakukan perkara yg KEJI demi mengejar aku.

Aku juga bukan org KETIGA tapi banyak suami isteri BERPISAH gara2 mengejar aku, adik beradik BERTELINGKAH dan saling MEMBENCI kerana aku. Anak dan orang tuanya BERSELISIH FAHAM gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan TUHAN tetapi manusia sanggup MENYEMBAH aku seperti TUHAN, bahkan kerap kali manusia sekalan lebih MENGHORMATI aku,
padahal para ULAMA sudah berpesan jangan jadi HAMBA DUIT.

Aku tidak pernah MENGORBANKAN diriku untuk sesiapapun, tapi ramai orang sanggup MATI demi aku.

Suka aku ingatkan, aku bole ditukar utk menjadi RESIT ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk MEMANJANGKAN UMUR kamu.

Kalau SUATU HARI nnt kamu dijemput oleh ALLAH SWT, aku tak boleh MENEMANI KAMU. Apalagi utk menjadi PENEBUS dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn ALLAH SWT SENDIRIAN tanpa aku.

Saat itu, ALLAH pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan??

Ini BISIKAN Terakhirku:

Aku TIADA DI SYURGA, jadi jangan sesekali mencari aku di sana.

CADANGAN aku :

1. Jangan terlalu SAYANG dgn aku
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr ZAKAT
3. INFAKKAN aku sebanyak yang mungkin
4. SEDEKAH aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih BAROKAH di dunia dan akhirat.

Jangan jadi hamba DUIT. Wallahu a’lam.

Wednesday 21 December 2016

Minum green tea untuk kurusss...?????

Assalamualaikum..

Terasa nak share pasal green tea malam ni..sebenarnya dah lama tahu khasiat green tea ni..Dari dulu minum green tea cap BOH jugak tapi kurang pekat..

Harga sekotak 25 uncang Rm5 lebih.
Agak murah. Tapi tak pekat.
Biasa rendam 2 uncang sekali kalau nak betul-betul pekat.

Tapi sekejap minum sekejap tak.

Baru-baru ni saje pi kedai nak mula balik minum green tea..terjumpa yang baru punya green tea cap BOH "Sencha Green Tea" ni...kotak lebih lawa..harga agak mahal sedikit dari yang lama..

Sekotak 20 uncang. Harga Rm8 lebih.
Mahal sikitla dari yang lama.
Tapi dua-dua masih dijual.

So pilihan hati nak cuba yang baru ni.
Dah cuba sekotak. Memang puas hati..
Sebab lebih pekattttt....
Lebih terasa air teh hijaunyer tu..

Biasa minum kat ofis..
Buat air suam2 dalam botol..
Rendam 1 uncang green tea BOH..
Tak perlu letak gula pun..
Sambil buat keje sambil minum..
Nak lebih best ramai syorkan letak perahan jus lemon..

Antara kesan minum green tea ni ialah selalu ke toilet..buang air kecil lebih lawas..kadang-kadang terasa lebih banyak berpeluh dari biasa..

Banyak dah terbaca air green tea ni elok untuk detoks..so sesuai sangat kalau nak kurus..inshaAllah..

Jom tengok kelebihan green tea ni.

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.
Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.
Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.
‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sunday 18 December 2016

Sifat manusia yang lemah..jadi janganlah sombong..

Syurga *lelaki*
pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibubapa.*     

Masa *mati*
ibubapa perlukan *doa anak.*

*Sehebat-hebat manusia*,
bila mati
dia tetap *perlu orang lain*
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan*
dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis
tanpa *general worker.*

Seorang *raja*
tidak berkuasa
tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia...
*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
*sombong dan merasa dia lebih baik.*

Friday 16 December 2016

Nota untukmu wahai para suami..

Hargailah isteri semasa masih ada dan teruskan kebaikan kerana Allah pasti dapat bersama dalan syurga.

Baru ini seorang abang yang sangat baik datang jumpa saya semasa hantar anaknya 3 orang untuk mengikuti program prokids. Semasa nak sain buku IsterikuBidadari. Dia minta tulis nama buat Almarhumah isteri tercinta............ Saya terus sebak dan tahan air mata yang nak mengalir. Beberapa orang sekitar saya menanti giliran juga terdengar dan menangis.

Ustaz, apa amalan saya boleh lakukan untuk bantu isteri saya. Dia meninggal dah 4 bulan tapi setiap hari saya menangis. Jika dalam perjalanan atau seorang diri air mata asyik mengalir. Dulu, dia yang kenalkan ustaz pada saya. Dia terlalu ingin datang program ustaz. Tapi tak sempat macam-macam hal.

Hari ini saya hadir tanpa dirinya datang bawa anak-anak saya ke program ustaz...abang tadi sebak dan nak menangis lagi. Saya gosok-gosok belakangnya. Suami yang baik memikirkan mendoakan isterinya dan meneruskan bimbing anak dengan Islam. Allah sayang abang dan arwah isterinya.

Saya sepanjang malam berfikir. Saya belajar sesuatu darinya. Ya Allah.. begitulah mulianya seorang isteri. Seorang ibu. Seorang wanita. Saya doakan supaya arwah di beri syurga Firdaus. Jika sebut pasal wanita. Saya sentiasa terbayang muka ibu saya yang tercinta. Saya teringat isteri Bidadari saya di rumah.

Sambil mereka solat, baca Al-Quran, menguruskan suami, urus anak-anak. Urus segalanya. Mereka sentiasa berdoa buat ahli keluarga kebaikan dan hidayat. Mereka ingin semua ahli keluarga sempurna dan bahagia. Kerja mereka mengalahkan matahari. Matahari pun bergilir dengan bulan di mata kita. Dunia pun gelap untuk berehat dan ketenteraman. Wanita 24 jam non stop kerja mereka. Dengan dunia bekerja dan anak-anak kecil campur suami terlalu sibuk. Ya Allah. Cukup lihat malam hari. Mereka uruskan pakaian anak-anak. Cantik, sempurna, lengkap dan diiringi doa. Mop lantai. Rapikan tempat tidur suami dan anak-anak. Tidurkan kesemua anak. Tidurkan suami. Mereka sendiri tak cukup tidur. Tak tahu masa bila mandi dengan tenang. Masa bila nak buang air pun. Anak ketuk bilik air. Anak sedang membesar menangis bergaduh merengek. Suami merajuk. Ya Allah maafkanlah diriku. Sebenarnya mereka itulah "IsterikuBidadari". Sedangkan itu semua tugas kita ketua keluarga. Ya Allah ampunkanlah dosa kami suami.

Benarlah jika ingin belajar cinta. Belajarlah dari ibuMu.
Saya sampai sekarang terfikir belajar hargai ibumu. Hargai isterimu. Disitulah kita belajar menghargai kehidupan. Bila kita kenal pencipta, pemilik dan pemberi amanah ini. Mengenal Allah disitulah bahagia. Dia jadikan semuanya kerana dia sayang. Kenal Allah ubat segala kegelisahan dan masalah rumahtangga

Copy paste dari Fb Ustaz Ebit Lew

Cubalah..mesti tersenyum..

TEST KEWARASAN OTAK 

1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
tak boleh fikir lama2.
2. baca satu demi satu.
3. fokus..

Permainan fokus warna ...
1. kertas A4 warnanya apa ??
2. awan warnanya apa ??
3. tisu warnanya apa ??
4. lembu minum apa ??

Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air..

1. rambut anda warna apa ??
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ??
4. kelawar tidur bila ??

Yang menjawab malam, maknanye fikiran anda tergganggu, sbb kelawar tidur di siang hari..

1. warna dari cendol apa ??
2. daun kelapa warnanya apa ??
3. warna umum rumput ??
4. Zirafah makan apa ??

Yang jawab rumput , maknanya emosi anda celaru, sbb Zirafah makan daun..

Haaaa..!!
anda salah berapa ??  cepat ngaku.. ����
jangan senyumn sorang2..

jangan stress!! 
Ape lagi share lah..

Thursday 15 December 2016

10 Punca Hati Kita Gelap Dan Keras

Hati Lihat hati ini.Asalnya putih.Namun,sedikit demi sedikit ditumbuhi titik2 hitam sehingga akhirnya gelap.Kotor.Jijik kan?Iya.jijik melihat hati yang kotor.Ape sebabnya?

10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

1-Suka melihat maksiat.
2-Suka melihat najis.
3-Suka bercakap kotor.
4-Suka berfikiran kotor.
5-Tidak solat.
6-Tidak baca al-Quran
7-Tidak bertahajjud.
8-Tidak berzikir.
9-Tidak berdoa.
10-Sombong dan angkuh.

Bagaimana nak bersihkannya?

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

18 Mengingati kematian

Monday 19 September 2016

Harga Keropok Lekor Ganu Sedappppp....

Assalamualaikum...

Kepada peminat keropok lekor dari Terengganu...boleh dapatkan dari saya...semestinya ori dari terengganu...

Harga setakat hari ini September 2016:

1 bungkus 6 batang dan percuma 1 sos

Rm10 sahaja!
Rm10 sahaja!
Rm10 sahaja!

COD di Rawang / Kawasan terdekat

Boleh pos di semenanjung Malaysia sahaja..Pos hari Isnin hingga Rabu je..

kalau sabah sarawak ikut tempat kalau dekat dengan pejabat pos inshaAllah boleh..tapi risiko tetap ada..kalau jenis dah biasa pos dan dapat cepat boleh je kalau nak..

Whtsapp 019-3738770
Whtsapp 019-3738770
Whtsapp 019-3738770

Follow ig : ely_lekorganu
FB Page : Keropok Lekor Ganu Sedap

Friday 12 August 2016

Keropok Lekor Terengganu Online....

Assalamualaikum sahabat...

Ada ke yang mencari-cari keropok lekor dari terengganu....??

Meh nak cerita kita ada menjual keropok lekor terengganu secara online..

Apa yang best keropok lekor terengganu ni boleh di pos tau. Pengeposan hanya dibuat pada hari ISNIN hingga RABU SAHAJA..

Untuk penghantaran atau COD adalah di sekitar Rawang / Selayang / Kuala Lumpur / Kawasan yang terdekat. Itupun bergantung kepada jumlah order..!

Harga untuk sebungkus Rm10 sahaja..!
6 batang dan 1sos percuma..!

Berminat nak order..
Whtsapp 019-3738770
Whtsapp 019-3738770

Atau whtsapp 019-3424995 jika nombor di atas tidak dapat dihubungi ya..

Saturday 6 August 2016

COD Keropok Lekor Terengganu di Kundang..

Stock keropok lekor makin hari makin susut..!!

Pagi tadi cod 20bungkus di Kundang..Bagi yang nak cuba boleh whtsapp cepat sebelum kehabisan stock..semestinya ori dari terengganu...

Whtsapp 019-3738770
Whtsapp 019-3738770

Cod Rawang / Kawasan sekitar
Pos Isnin hingga Rabu

Thursday 4 August 2016

Self Pick Up Keropok Lekor Ganu di Petronas Taman Bersatu Rawang

Salam Jumaat semua sahabat...

Kalau ada yang lalu dekat Petronas Taman Bersatu Rawang meh ler singgah order Keropok Lekor Terengganu...

InshaAllah stock sentiasa ada..
Tapi kena beritahu dulu..
Sebab ramai yang book awal sebelum datang self pick up..

Petronas Taman Bersatu Rawang ni tepi jalan je..Lepas dari Tesco Rawang tu ada 3 traffic light..dan traffic light ke 3 tu belok kiri...dah jumpa dahh Petronas Taman Bersatuu....

Baru semalam ada customer dari Selayang datang Rawang ambil Keropok Lekor Terengganu ni 7 bungkus...nanti 2 minggu lagi nak lagi 7 bungkus dengan 1 botol sos.....suke betul makan keropok lekor dari terengganu ye..

Berminat nak order
Whtsapp 019-3738770 atau 019-3424995..