Friday 16 December 2016

Nota untukmu wahai para suami..

Hargailah isteri semasa masih ada dan teruskan kebaikan kerana Allah pasti dapat bersama dalan syurga.

Baru ini seorang abang yang sangat baik datang jumpa saya semasa hantar anaknya 3 orang untuk mengikuti program prokids. Semasa nak sain buku IsterikuBidadari. Dia minta tulis nama buat Almarhumah isteri tercinta............ Saya terus sebak dan tahan air mata yang nak mengalir. Beberapa orang sekitar saya menanti giliran juga terdengar dan menangis.

Ustaz, apa amalan saya boleh lakukan untuk bantu isteri saya. Dia meninggal dah 4 bulan tapi setiap hari saya menangis. Jika dalam perjalanan atau seorang diri air mata asyik mengalir. Dulu, dia yang kenalkan ustaz pada saya. Dia terlalu ingin datang program ustaz. Tapi tak sempat macam-macam hal.

Hari ini saya hadir tanpa dirinya datang bawa anak-anak saya ke program ustaz...abang tadi sebak dan nak menangis lagi. Saya gosok-gosok belakangnya. Suami yang baik memikirkan mendoakan isterinya dan meneruskan bimbing anak dengan Islam. Allah sayang abang dan arwah isterinya.

Saya sepanjang malam berfikir. Saya belajar sesuatu darinya. Ya Allah.. begitulah mulianya seorang isteri. Seorang ibu. Seorang wanita. Saya doakan supaya arwah di beri syurga Firdaus. Jika sebut pasal wanita. Saya sentiasa terbayang muka ibu saya yang tercinta. Saya teringat isteri Bidadari saya di rumah.

Sambil mereka solat, baca Al-Quran, menguruskan suami, urus anak-anak. Urus segalanya. Mereka sentiasa berdoa buat ahli keluarga kebaikan dan hidayat. Mereka ingin semua ahli keluarga sempurna dan bahagia. Kerja mereka mengalahkan matahari. Matahari pun bergilir dengan bulan di mata kita. Dunia pun gelap untuk berehat dan ketenteraman. Wanita 24 jam non stop kerja mereka. Dengan dunia bekerja dan anak-anak kecil campur suami terlalu sibuk. Ya Allah. Cukup lihat malam hari. Mereka uruskan pakaian anak-anak. Cantik, sempurna, lengkap dan diiringi doa. Mop lantai. Rapikan tempat tidur suami dan anak-anak. Tidurkan kesemua anak. Tidurkan suami. Mereka sendiri tak cukup tidur. Tak tahu masa bila mandi dengan tenang. Masa bila nak buang air pun. Anak ketuk bilik air. Anak sedang membesar menangis bergaduh merengek. Suami merajuk. Ya Allah maafkanlah diriku. Sebenarnya mereka itulah "IsterikuBidadari". Sedangkan itu semua tugas kita ketua keluarga. Ya Allah ampunkanlah dosa kami suami.

Benarlah jika ingin belajar cinta. Belajarlah dari ibuMu.
Saya sampai sekarang terfikir belajar hargai ibumu. Hargai isterimu. Disitulah kita belajar menghargai kehidupan. Bila kita kenal pencipta, pemilik dan pemberi amanah ini. Mengenal Allah disitulah bahagia. Dia jadikan semuanya kerana dia sayang. Kenal Allah ubat segala kegelisahan dan masalah rumahtangga

Copy paste dari Fb Ustaz Ebit Lew

No comments:

Post a Comment