Sunday 28 October 2018

REZEKI ALLAH ITU LUAS...








Melewat dan menangguhkan SOLAT..!!


Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan atau menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya sama ada perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah.

Hasan al-Basri berkata:

Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu?

Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)?

Mana mungkin Allah member
ikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya.


From Ummah To Ummah

Wednesday 17 October 2018

Halia Boleh Kempiskan Perut??



1. BIBIR KEMERAHAN BAK DELIMA
> Kupas Halia muda.
> Tumbuk separuh hancur.
> Kemudian sapu Halia separuh hancur itu pada bahagian bibir.
> Amal sekali sehari untuk membuang kulit mati.

2. BUANG ANGIN & TOKSIN
> Hiris Halia dalam satu atau dua inci.
> Rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus).
> Tambah sedikit gula (jika perlu) dan biarkan selama dua minit.
> Amalkan setiap hari pasti angin dan toksin bebas terbuang dan badan kembali segar.

3. KEMPISKAN PERUT
> Hiris Halia halus.
> Campurkan dengan air panas, Madu dan sedikit perahan air Limau Nipis.
> Amalkan setiap hari, pastikan ketika perut kosong.

4. MENGHILANGKAN BAU BADAN
> Amal minuman Halia bersama teh setiap hari atau kunyah Halia yang ditumbuk hancur.

5. MENAIKKAN SERI WAJAH
> Ketuk Halia separuh hancur.
> Rendamkan bersama sesudu Madu bersama air panas 300ml.
> Amal minuman setiap hari.

6. BERSIHKAN KULIT
> Tumbuk Halia.
> Campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering.
> Satukan bahan, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan lulur.

7. REDAKAN TEKANAN
> Amalkan minum air Halia dengan Madu setiap hari.