Thursday 2 November 2017

Mencuci makeup mata dengan oil free makeup remover Mary Kay

Tahukan make up di bahagian mata dan bibir tidak boleh dicuci dengan pencuci muka biasa atau baby oil?

Rasanya ramai yang tak tahu nie kan?
..
Kulit sekitar bahagian mata adalah bahagian yg nipis dan sgt sensitif. Jika tiada penjagaan yang betul, bahagian kulit sekitar mata akan cepat dapat masalah seperti lingkaran hitam sekitar mata (dark circles), kedutan(wrinkle), eye bag(kantung mata), oil seed dan mata kelihatan sembap.

Sebab tu untuk mereka yang menggunakan eye liner/eye color/mascara sangat disarankan cuci menggunakan oil free makeup remover ni..tak berminyak dan tak perlu sental dengan kuat..

Boleh dapatkan dari ely whtsapp 019-3738770 untuk bantu bersihkan kawasan mata dengan selamat dan berkesan.

#alwaysloveyourself #tb #lovemarykay . .
#bodyscrubloofah #alwaysloveyourself #alwaysloveyourself
#sabarituindah #taknakcubake
#taknakcubake #lovemarykay #misikulitsihatdancantik
#marykay #misikulitsihat
#pelanpelankayuh #marykaymalaysia #cucimuka #nakcantik #nakkurus #nakkulitcantik #nakkulitsihat #jerawat #kulitkusam #suplemenkulit #facebrush #brush #massage #facemassage #rawang

Saturday 21 October 2017

Tips keluarga bahagia..

Assalamualaikum nak share sikit beberapa points penting daripada 4 tokoh yang amat di kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.

Baca,
dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik. Kita usaha sama-sama, ok?

�� Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

�� Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
�� Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
�� Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
�� Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
�� Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
�� Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
�� Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
�� Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
�� Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
�� Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
�� Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
�� Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." ��
.
�� Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
�� Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
�� Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
�� Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
�� Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
�� Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
�� Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
�� Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
�� Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
�� Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
�� Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
�� Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
�� Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
�� Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
�� Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. ��) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
�� Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
�� Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
�� Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
�� Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang di kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kita.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? ��

Peringatan utk diri sendiri jg.

Copy paste dari group sebelah.
Sharing is caring.

10 sebab yang menyebabkan jerawat

10 SEBAB yang  menyebabkan jerawat:

1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.

Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku

2.Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

- Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
- Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
- Jadual seharian yang sangat ketat
- Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:

- Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
- Buli
- Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
- Kerja / study yang banyak

3.Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin

Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

Saturday 30 September 2017

Set Kurus Shaklee tiga beradik..

Welcome October please be nice to me.....
.
Pagi ni setelkan order untuk sahabat yang tengah duk cari suplemen untuk turunkan berat...herblax dan alfalfa beliau dah ada so tambah lecithin je lagi..
.
Tugas lecithin ni pengangkut lemak keluar dari tubuh..gabungan tiga beradik ni sesuai sangat la kalau ada yang pasang niat nak turun berat..inshaAllah kalau kene caranya menjadi..
.
Alfalfa untuk detox
Herbalx pula untuk buang najis tersekat dan kempiskan perut..
.
Ely pun masih tak tinggal suplemen ni sebab dalaman pun nak kene jaga jugak..
.
Whtsapp 019-3738770
.
#thankyou #suplemenslimsihatcantik #nakkurus #nakcantik #nakturunberat #kurus #suplemenselamat #suplemen #shakleemalaysia #shakleeeffect #macammananakkurus #jagabadan #naksihat #onlinemalaysia #onlineshopping #assalamualaikum #lecithin #shakleerawang #iloveshaklee

Saturday 16 September 2017

Kebakaran Tahfiz di Keramat..7 ditahan..

Allahuakbar..bila renung balik salah siapa dalam mendidik anak-anak..kita hari ni sibuk mencari duit nak beri kesenangan pada anak-anak sampai lupa nak beri didikan agama pada anak-anak dan sampai sibuk tak ada masa dengan anak-anak, nak bentuk keluarga didik anak-anak kita..
.
Belum sentuh bab rezeki yang kita dapat beri makan pada anak-anak halal ke tidak syubhah ke keje cari tulang ke maka tak berkat itu anak-anak membesar jadi orang yang tak baik ������..
.
Saya takut sebab saya ada anak..takut tak dapat jaga amanah Allah dengan baik sehingga anak jadi begitu ������..
.
Zaman sekarang amatlah mencabar untuk anak-anak kita..dirumah kita sudah didik dengan baik, bila diluar bercampur dengan kawan yang tak berakhlak maka mudah terikut..ya Allah peliharalah anak-anak kami..
.
Walaupun sedih dengan kematian anak-anak tahfiz sekurang-kurangnya Allah dah selamatkan mereka dari fitnah dunia akhir zaman..
.
Al-Fatihah..
.
Setiap yang berlaku ada hikmah untuk semua orang..termasuklah kita sebagai mak ayah ��

Wednesday 30 August 2017

Mohon sumbangan untuk Raya Haji bagi Pusat Jagaan Anak-anak yatim dan fakir miskin di Pusat Rawatan Amal..

Assalamualaikum...
*MOHON VIRALKAN*
*MoHon Hulurkan Sumbangan*

Tahukah tuan puan bahawa Imam AsSyafie pernah berkata....

"Pahala *Sedekah pada Anak Yatim* menjelang AidilAdha setiapnya adalah melebihi *Emas Sebesar Gunung Uhud* dan dibuka *70 pintu kekayaan* kepada para penyumbang"

SubhanAllah....

*Urgent....Bantulah madrasah kami walau dua tiga puluh ringgit pun kami hargai.....*

Alhamdulillah Tuan Puan..Lembu Korban , Madrasah kami dah ada..Syukur...hasil bantuan tuan puan para budiman...terima kasih

*Cuma* kebetulan waris pada *187 orang  anak yatim dan faqir madrasah* kami akan datang ziarah mereka pada Hari Raya ni...jadi madrasah tidak cukup *kewangan untuk kos kenduri korban* ....
dan untuk membeli *tambahan keperluan pelajar* kerana ada baju yg dah *uzur* sangat.

Ada sehari dua saja lagi menjelang AidilAdha...
Tolonglah bantu Madrasah kami *dua tiga puluh ringgit* saja pun jadilah sebelum menjelang AidilAdha ini...

Marilah kita gembirakan 187 anak yatim dan faqir disini..marilah kita rebut apa yang telahpun Imam AsSyafiee lafazkan

*NOMBOR AKAUN*..
Kami hargai walau *dua tiga puluh ringgit* atau berapapun cuma selepas bank in *MESTILAH MAKLUMKAN KEMBALI* pada saya kerana saya diAMANAHkan untuk MEREKODKAN setiap Kemasukan..AMANAH membawa KEBERKATAN
*Maybank*
*PUSAT RAWATAN AMAL*
*5021 7500 2459*

Puan Zahidah
019 760 2428

#copypaste
#jomsedekah

Saturday 12 August 2017

Lip Gloss Mary Kay yang cantikkkkk....

Assalamualaikum semua sahabat..
Hari ni ely nak share lip gloss mary kay yang best dan cantikkkk....sebenarnya daku taklah berminat sangat lip gloss ni...tapi disebabkan mary kay bagi PERCUMA lip gloss ni...mula-mula pakai dah terjatuh cintaaaa lah pulakkkkk....
Biasa kalau kene beli mungkin tak suke kot..sebab dapat FREE gamaknya jadi terjatuh cinta..hihi..
Samalah kalau kita suruh orang beli orang tak nak beli kata tak minat la itulah inilah..cuba bagi free tengokkkk....mesti jatuh cinta punyer....hehehehe...termasuklah dakuu...kah...
Lip gloss yang daku pernah cuba ni namanya NOURISHINE PLUS LIP GLOSS...wah jenuh nak menyebut nyer..apelah yang best sangat sebab bila pakai nampak simple je...tak menyerlah sangat dan tak heavy sangat...so sangatlah sukeeer....
Mula-mula Mary Kay keluarkan 3 warna aje..
1) Fancy Nancyi
2) Pink Luster
3) Pink Parfait
Yang daku guna Pink Luster...ooo mai so lembut je kaler..kalau tengok nampak garang bile calit di bibir memang lembut je ghopanyer..so dont judge book by its cover...ecewah...
Jom daku belanjer gambar sikit lepas pakai Mary Kay Nourishine Plus Lip Gloss kaler PINK LUSTER...
Untuk pertanyaan lanjut bolehlah whtsapp daku 019-3738770 eh..kotlah nak cuba ke nak tanya ke pasal mary kay..insyaAllah..
Sekian korang..
Wassalam...

Tuesday 25 July 2017

Penyakit UJUB..

Penyakit *UJUB* ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimiliki.

Ia adalah muqaddimah kepada *takabbur* _(sombong/angkuh)_ apabila dia mula membandingkan dirinya dengan org lain.

_*Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah*_  (691H1270M) _berkata dalam nasihatnya..._
                                               
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan *solat malam*, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan *puasa*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk *berjihad*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu *rezeki* bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang *berhutang* dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan *pemahaman agama* bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan *ilmu* bagimu, janganlah *sombong* dan *bangga diri* kerananya, sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad dan sepertinya *lebih dekat* kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal...
lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa *TAKJUB* dan *BANGGA* dengan amalmu."

Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima."

*SAMA-SAMA KITA INGAT MENGINGATI*

Friday 14 July 2017

Jubah by Fatin Suhana X Heliza Helmi yang soooo cantikkk gilerrr.....

Assalamualaikum semua sahabat....

Selamat Hari Raya diucapkan...
Hari ni kite nak share jubah yang tersangatlah cantikkkk by Fatin Suhana dan Heliza Helmi......

Nak dijadikan cerita memang lama dah berkenan dengan Jubah Khadeeja ni...Harga asal Rm299....lepas tu promo Rm249....tahu tak diorang buat promo raya giler-giler 3 hari nak raya tu harga jubah khadeeja ni Rm200 sahaja !!!!......

Wehhhhhh biar betul.......
Lepas je diorang inform sale 80% untuk jubah By Fatin Suhana ni terus la ramai terkezut dan pakat-pakat la serbuuuu butik dan booth diorg ni......

Kebetulan diorg buka booth dekat Aeon Rawang..maka daku pun pi jugak la beli 1..yang best nyer kali ni dapat peluang jadi personal shopper untuk seseorang sahabat di instagran yg daku sendiri tak kenal...alhamdulillah dapat belikan untuk beliau satu....best jugak jadi personal shopper ni kan..

Jom tengok jubah khadeeja by fatin suhana yang tersangat cantik....

Ely - 019-3738770

Sunday 11 June 2017

Susun Atur Ruang Tamu Warna Putih

Assalamualaikum semua sahabat..

Sempena nak raya ni tercari-cari idea susun atur ruang tamu jenis memanjang..

Ely dapat gambar ni dari Google dan Facebook Group Deco Rumahku Syurgaku..Banyak sangat sahabat yang share idea dan susun atur kat sana..boleh jadi gila tengokkkk...geramm semua cantik-cantik..

Macam biasa masalah yang kita selalu hadapi iaitu kurang budgetttt.....nak cantik semuanya duit belaka.......ada duit semua jadi.....pilih je nak perabot mana, kaler ape, style macam mana terus jadik....

Tapi tak apa bagi yang kekurangan budget macam saya juga kita masih boleh deco ikut kemampuan kita..tak semestinya kene beli mahal-mahal..cuma nak kene rajin survey dan kalau-kalau benda yang boleh diy lagi bagus.... dah kata kurang budget kannn...hehe..

Antara banyak-banyak gambar susun atur ruang tamu..saya minat yang 3 ni....ya Allah lawa sangat....sekarang memang banyak sangat orang guna tema warna putihhhhh....nampak sucii jeee....

Ruang sempit pun boleh nampak luas kan....cuma nak kene jaga-jaga bila ada anak kecik ni paham-paham ler takut diconteng perabot putih tu alahai menangis mak di tepi bucu almari...hehehe...kene warning siap-siap kat anak ataupun sediakan tempat khas untuk diorang conteng dan mengasah bakat terpendam...

Jom layan dulu gambar ni..kot memberi inspirasi pada korang semua..apa pun semua ni dunia belaka..tak salah nak deko tapi jgn sampai berlebihan dan jangan sampai kita tinggalka  akhirat...sebab tempat yang kekal di dalam kubur nanti...rumah hanya atas dunia sahaja..

Tapi sementara hidup ni wajib kita menjaga kebersihan di dalam rumah supaya kita mudah nak solat..hati jadi tenang dan tenteram je bila balik rumah..kemas dan bersih sejuk mata memandang...

Wassalam...
Gdnite..

Thursday 8 June 2017

Orang yang rugi di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Kerugian besar seorang Muslim dalam bulan Ramadhan

Di bulan ramadhan al mubarak  ini , satu kerugian besar bagi seseorang muslim jika :

- Bangun bersahur tanpa mendirikan walau 2 rakaat solat sunat.

- Meninggalkan hari berlalu tanpa bersedekah.

-  Menunggu waktu berbuka tanpa mengangkat tangan memohon doa.

- Tiada usaha utk mendekatkan diri dengan al-Quran yg diturunkan Allah dalam Bulan Ramadhan.

- Menghabiskan siang hari dengan tidur dan berbaring tanpa berbuat apa² atas alasan berpuasa.

Semoga kita tak termasuk dalam golongan manusia yg rugi. Semoga Allah terima segala amal dan mengampunkan dosa kita.

Salam 14 Ramadhan 2017

Wednesday 7 June 2017

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH S.A.W.

*TAZKIRAH PELEMBUT HATI*
DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH S.A.W.

Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

*PERMINTAAN TERAKHIR SITI KHODIJAH*

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,
Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu
Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah
Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah puteriku, aku yakin ajalku akan segera tiba. Yang aku takutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan *serbannya yang biasa untuk menerima wahyu* agar dijadikan kain kafanku

Mendengar itu Rasulullah berkata,
Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga.
Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya isteri baginda itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia baginda dan semua orang yang ada disitu.

*KAIN KAFAN DARI ALLAH*

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapakah kain kafan itu, wahai Jibril?
Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril.Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?
Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibunuh dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.
Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,
Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu engkau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.
*"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar SERBAN?*
Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.
Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Makkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang ditinggalkan buat menutupi jasad Khadijah.
Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah amat lusuh dengan 83 tampalan yang diantaranya ditampal dengan kulit kayu.
Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.
Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?
Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!
*PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP*
Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.
Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.
Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Makananpun seringkali tidak ada. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.
Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan isterinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah setelah pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.
Wahai Khadijah. Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.
Wahai Khadijah. Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Wahai Khadijah, adakah engkau menyesal  bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya menangis
Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.
"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jambatan.
"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku.
Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau boleh berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.
"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.
Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pilunya perasaan Rasulullah ketika itu kerana dua orang yang dicintainya iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.
Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.
Bayangkanlah betapa mulianya hati Siti Khadijah. Ratapilah betapa jauhnya hati kita dari mencontohi Rosulullah s.a.w.

MAKNA BACAAN DIDALAM SOLAT

Mintak maaf semua. Untuk sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.
Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, (Hadis Riwayat Muslim)

Salam 13 Ramadhan
#copypastedarigroupwhtsapp

Monday 5 June 2017

KELEMAHAN IBLIS

Mari PUKUL KEPALA iBLiS

Ustaz Azhar Idrus Berkata:
Perbualan antara Rasulullah & iblis

Rasulullah bertanya : Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari  umatku hendak Solat
Iblis menjawab : Aku merasa Panas dinding dan Gementar

Rasulullah : kenapa?
Iblis :"Sebab setiap seorang hamba berSujud 1kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 Darjat”

Rasulullah : “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

Rasulullah : “Jika ia berHaji?”
Iblis : “Aku seperti orang Gila”

Rasulullah : “Jika ia membaca  Al-Quran?”.
Iblis : “Aku merasa meleleh laksana air timah di atas Api”

Rasulullah :  “Jika ia berSedekah?”
Iblis : “Itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”

Rasulullah : “Mengapa boleh begitu?“
Iblis : "sebab dalam sedekah  ada 4 keuntungan baginya iaitu :

1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dari dirinya,

Rasulullah : “Apa yg dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis :  “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah : “Apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis :  “Taubat org yg bertaubat”

Rasulullah : Apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis :  “istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah : Apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis :  “Sedekah yg diam2”

Rasulullah :  “Apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis :  “Solat fajar”

Rasulullah : “Apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis :  “Solat berjemaah”

Rasulullah : Apa yg paling mengganggumu”
Iblis :  “Majlis para ulama”

Rasulullah : “Bagaimana cara makanmu?”
Iblis :  “Dengan Tangan kiri dan jariku”

Rasulullah :  “Dimanakah kau menaungi  anak2mu di musim panas?”
Iblis :  “Dibawah kuku Manusia”

Rasulullah :  “Siapa temanmu wahai  iblis?”
Iblis :  “PenZina”

Rasulullah : "Siapa teman tidurmu?”
Iblis :  “Pemabuk”
Rasulullah : “Siapa tamumu?”
Iblis :  “Pencuri”

Rasulullah : “Siapa utusanmu?”
Iblis :  “Tukang Sihir (Dukun)”

Rasulullah : “Apa yg membuatmu Gembira?”
Iblis :  “Bersumpah dgn Cerai”

Rasulullah : “Siapa kekasihmu?”
Iblis :  “Org yg meninggalkan Solat Jumaat”

Rasulullah : “Siapa Manusia yg  paling membahagiakan mu?"
Iblis :  “Org yg meninggalkan Solatnya dgn Sengaja"

sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.
  
“ Nabi berpesan Sebarkan walau sepotong ayatku"


Monday 29 May 2017

Akibat meninggalkan solat..

Asstaghfirullah...

Saya tidak berniat hendak menakutkan kamu, tetapi saya nak menngingatkan kan kamu akan besarnya kemurkaan Allah.

Gambar ini adalah mengenai jenazah seorang islam warga Malaysia yang telah tidak menunaikan sembahyang.

Ketika hendak melaksanakan solat jenazah ke atas beliau. Seekor ular besar seperti yg ditunjukkan dlm gambar telah keluar dari dalam kain kafannya.

Para jemaah cuba menghalau ular itu pergi tetapi dltidak boleh.

Wahai umat Islam..

Hanya 5 minit untuk berwuduk dan kira2 15 minit untuk menunaikan solat yg telah diperintahkan oleh Allah. Menunaikan solat  mendatangkan kasih sayang dan redha Tuhan kepada kita. Manakala meninggalkannya dengan sengaja akan menjadi satu dosa yg tidak dapat diampunkan.

Pilihan adalah ditangan kamu.

Tolong sampaikan post ini kepafa umat islam yg lain supaya mereka juga tersedar dari kelalaian. Apabila mereka membuka kafan yg menutupi wajah jenazah itu mereka sangat terkejut melihat wajah jenazah itu yg telah bertukar sama sekali.

Akhirnya mereka terpaksa menyembahyangkan jenazah itu bersama ular yg melingkari mayat tersebut. Kena bersangka baik dgn Allah.  Allah berikan aib di dunia utk lepaskan di akhirat.

Kita yg masih hidup ni ambik iktibar.

#copydarigroupsebelah

Wednesday 12 April 2017

46 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah..


1. Jgn sidai baju dlm bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai , kita yg kena.

2. Jgn biar baju di sidai di luar berembum. Biarkan di luar , esok basuh balik br jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambik sblm maghrib.

3. Jgn biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah2 menjemput masuk dlm umah, hbs makan malam bersihkan.

4. Jgn buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang2 yg terbuka.

5. Bykkn bersedekah utk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dlm waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, byk setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.

7. Jgn biarkan anak main luar umah waktu maghrib.

8. Jgn bercakap dlm tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dgn dia.

9. Jgn kencing berdiri. Jin / syaitan yg disambar petir yg cacat akan sihat semula bila kena air kencing org berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dgn sudu dan bc bismillah..kalau tutup penuh lg bagus. Setan akan berak kencing dlm makanan terbuka lama.

12. Jgn makan mknn yg terbuka lama.

13. Jgn tido kaki mngadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, bdn muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tido kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.

14. Jgn gantung gambar bernyawa dlm rumah.

15. Jgn pamerkan patung kecuali mainan anak.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Utk dptkan aura tawaf. 1 kes, gantung jam tawaf dlm umah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

18. Basuh pad wanita sebelum buang dlm tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

19 Jgn makan/minum dgn tangan kiri.

20. Basuh pinggan makan slps makan malam.

21 Sediakan semburan air yg telah di ruqyahkan utk persiapan. Kalau apa2 spray je.

22. Solat jemaah dlm keluarga at least 3x seminggu.

23. . Masuk rumah bg salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.

24 Jgn tido antara asar dan maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

25Peluk isteri suami setiap bgn pagi.

26. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah.

27 Tiupkan al fatihah di ubun2 anak2 ms tido dan niatkan .

28. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf ms nk masak nasi. Niat . Utk kebahgiaan.

29Jgn makan organ dalaman binatang. Cth hati.

30 Letak ais pd pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

31. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Utk keluarkan haba panas dlm badan dan kebaikan organ dalaman.

32 Mandi garam pg dan petang.

33Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi2an.

34. Digalakkan berhubungan dgn suami/isteri 3x seminggu.

35 Dilarang berhubungan dgn isteri/suami dlm tandas.

36. Amalan zikir asma ul husna.

37 Sedekah selepas subuh. Utk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.

38. Makan kurma 1 hari 1 biji

39.Makan garam bukit setiap pg. Garam utk neutralkan asid dlm bdn.

40. Baca doa utk lembutkan hati suami isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Bc surah al falaq 11x sblm tido, 3 kali ayat qursi.

42. Bc bismillah 5,  3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dr santau.

43 Selawat nabi 3x pd nabi sulaiman ketika nk ambik daun waktu malam.

44. Psg lampu ketika tggl rumah, jgn biar gelap.

45. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.

46. Segalanya serah pd Allah SWT.. Tawakal pd dia...berdoa setiap pg waktu subuh.

**SHARE dan peringatan pada kita semua.**

Apa nak buat jika anak demam.....

Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam! – Dr. Abdul Rahim
Ada ibu bapa yang apabila anak demam atau mengalami panas badan memandikan mereka dengan air sejuk atau membiarkan anak bergerak aktif untuk bermain sewaktu demam agar dapat mengeluarkan peluh dan sebagainya.

Malangnya, tindakan ibu bapa ini merupakan cara yang tidak betul untuk menangani masalah anak kecil yang menghidap demam atau panas badan.

Persoalannya, bolehkah cara ini dilakukan? Atas rasa tanggungjawab, Dr. Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Dr. Rich Dr. Rahim di laman sosial membuat penjelasan mengenai perkara ini.

Tips Penting, Jangan Mandikan Anak Ketika Demam

Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?

Soalan di atas banyak disoal ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam.

InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ilmu dan amal serta cara yang betul. Okay?

1. APA ITU DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5C iaitu lebih 37.5C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus.

Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM

a) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha.

Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

b) Adalah satu kesilapan jika anda:

Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana air dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.

Apatah lagi bila demam, ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya.

Kalau nak buat ekspirimen, jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?!

Kalau periuk panas dibasuh pun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuh. Kan?

3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan.

Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

4. KERAP MINUM AIR

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi.

Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk.

Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38C.

Kalau anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan.

Segeralah bawa anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik Fibrile Fit.

Tuesday 14 February 2017

Siapa perlukan Ostematrix Shaklee..


SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX SHAKLEE?

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik dengan syarat prinsip utama penyusuan diamalkan. (supply vs demand)

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

Jika anda mengalami masalah sembelit, ostematrix boleh membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit. Kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Jika anda sukar tidur malam dan rasa lesu sewaktu bangun pagi, dengan mengambil ostematrix akan membantu anda lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan rasa cergas apabila bangun pagi.

Promo bulan Februari 2017
Buy 6 Free 1
Whtsapp 019-3738770

Saturday 4 February 2017

Promo Pil Kalsium Ostematrix bulan Februari 2017..

Assalamualaikum..

Sebelum tidur telan dulu pil kalsium..dah start ambil balik suplemen sekarang ni berikutan usia dah makin lanjut..stress di office,kerja makin bertambah..badan semakin penat..Allahu..dugaan..
.
Kebetulan bulan ni ada PROMO Pil Kalsium ni..memang murah dan berbaloi..
.
Sesuai untuk masalah migrain, stress, sakit belakang, lenguh badan, kebas dan kekejangan, masalah sembelit, sakit gigi, untuk tidur lebih lena, ibu mengandung, kesihatan tulang, dan banyak lagi..
.
Whtsapp untuk harga promo 019-3738770
.
#suplemenslimsihatcantik
#shakleerawang

Monday 30 January 2017

Tiga perkara yang disukai oleh Allah..

TENTANG TIGA PERKARA :

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.

BermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar :

Apa yg kamu suka dari dunia ini?
dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

*aku suka dari dunia ini 3 perkara*

1. Duduk duduk bersama rasulullah saw.

2. Melihat wajah mu ya rasulullah saw.

3. Aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw

Lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.

"bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra.
Ada 3 perkara juga yang aku suka :

1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.

2. Mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan.

3. Berkata yg benar walaupun pahit.

Dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?

berkata Saidina Uthman ra.
ada 3 perkara yang aku suka :

1. Memberi makan
2. Memberi salam
3. Bersolat malam di waktu manusia tidur

Bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?

aku juga cintakan 3 perkara :

1. Memuliakan tetamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. Dan memukul musuh dengan pedang.

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

Aapa yg kamu suka di dunia ini?

berkata Saidina Abu Dzar ra
aku suka 3 perkara di dunia ini :

1. Lapar
2. Sakit
3. Mati

*kemudian rasulullah bertanya,
kenapa wahai Abu Dzar?

berkata saidina Abu Dzar ra,

1. Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.

2. Aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._

3 Aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw
Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara :

1. Wangian
2. Wanita yang solehah
3. Solat menjadi penyejuk mata ku

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara"

1. Menyampaikan risalah
2. Menunaikan amanah
3. Cinta terhadap orang miskin

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata

"Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1. lidah yang sentiasa berzikir
2. hati yang sentiasa khusyuk
3. jasad yang sabar menanggung ujian

*AllahuAkbar..

�� _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ ��

Wahai sekalian yang membaca ....

Kesimpulan daripada 3 perkara baik yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. , para Sahabat Nabi, Malaikat Jibril, & Allah...adalah amalan yang baik-baik belaka. Ia berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu.

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 Bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik, In Shaa Allah.

Wallahualam Bissawab.

Kredit : Dari group sebelah.

Sunday 29 January 2017

Cara menjaga hati ibubapa.

Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?

Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka? Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.

Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.

Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal. Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.

Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.

1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi

Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik

2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.

Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.

Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.

3. Jangan Meninggi Suara

Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.

Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.

4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin

Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.

Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.

5. Jangan Pernah Memarahi

Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?

Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.

6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa

Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.

Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.

7. Jangan Menyampuk Perbicaraan

Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.

Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.

Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.

8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka

Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya.

Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.

9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa

Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.

10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka

Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.

11. Membantu Tanpa Diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.

Kredit : http://akuislam.com/blog/renungan/cara-menjaga-hati-ibu-bapa/

Thursday 26 January 2017

Jangan tidur selepas solat Subuh - Ustaz Don

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don. -

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu.

Wallahualam..
Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda...

COD Keropok Lekor Terengganu..

COD untuk area KL atau tempat lain min order 5 bungkus..

Charge cod ikut tempat dari Rm10 / Rm 15 / Rm20..kalau jauh sgt kita pos je nanti..insyaAllah keropok lekor dari ganu puas hati..
.
1 bungkus Rm10 sahaja
6 batang dan 1 sos
Whtsapp 019-3738770
.
#keropoklekorganusedap #keropoklekorterengganu
#keropoklekor #sayajual
#onlineshopping

Sunday 22 January 2017

Idea Susun Atur Ruang Tamu..

Assalamualaikum..

Hari ni nak share beberapa idea untuk susun atur ruang tamu dan bahagian lain. Sebab handphone dah penuh dengan gambar susun atur. Makanya dah tiba masa untuk kita transfer dekat blog..

Harap bermanfaat..
InsyaAllah..

Nak order keropok lekor ganu whtsapp 019-3738770..