Friday 25 January 2019

Buku Menarik Rezeki RM10 SAHAJA!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan izin Allah..
Lama dah tak ke Pustaka Rawang..
Hari ni berkesempatan ke sini..


Pustaka Rawang ni best macam-macam buku ada.. larat dengan tak larat je nak bacaaaa..hihi..

Paling bahaya kalau bawak anak datang sini.. memang macam-macam la dia angkuttt...

Hari ni nak share hasil tangkapan hari ni..
Buku ni berharga RM10.00 sahaja❗️❗️❗️

Tajuk Buku : Menggapai Rezeki Berlimpah Asalkan Tahu Kuncinya


Kalau terasa rezeki disempitkan.. atau terasa duit asyik bocor atau asyik rasa tak cukup..atau apa-apa jela yang dikaitkan dengan rezeki..

Rezeki bukan semata-mata duit je tau..kesihatan pun rezeki, anak rezeki, kawan baik rezeki, pertolongan orang pun rezeki..ketenangan kelapangan hati pun rezeki..

3 kunci menarik rezeki yang dikongsikan dalam buku ni :
1) Menyambung sillaturrahim
2) Bersedekah
3) Bersyukur




InsyaAllah moga bermanfaat..nanti sambung..

Berminat nak berkawan dengan saiya boleh add my FB atau follow Ely Norsuhaili Ali

Thank You Reading..

#hidupyangbermakna

Tuesday 22 January 2019

Kelebihan surah untuk diamalkan selalu..

🌻Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya ..
Insya Allah
   

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Sunday 20 January 2019

Macam mana nak buat anak suka belajar dari kecil?

Assalamualaikum..

Soalan di atas tu lebih kurang macam ni..

Macam mana nak bagi anak kecil suka belajar..Atau macam mana nak pupuk minat suka belajar pada anak dari kecil lagi..haa gitu......

Memanglah fitrah anak-anak ni suka main main dan main.. hihi macam kita dulu-dulu la.. main pasir la main panjat pokok la..

Cuma zaman sekarang ni nampaknya banyak sangat kelainan pada anak-anak kita.. dimana pembelajaran diorang dah semakin advance...budak-budak sekarang dah semakin pandai-pandai..

Nak masuk tadika pun kene pastikan anak kita tahu dah ABC 123 mengenal warna mengenal bentuk.. eh macam-macam la.. Kalau dah masuk Tahun 1 lagilah pulak soalan KBAT nya lagi.. pening pening. .kadang kesian pun ada...

Rasanya zaman kita dulu darjah 1 baru belajar mengeja kot... tapi zaman sekarang darjah 1 dah buat karangan pendek dah pon..oi mak yang stress..hihi..

Ok lah untuk menghadapi zaman penuh mencabar pembelajaran anak-anak sekarang ni.. insyaAllah ely share sedikit sebagai rujukan dan panduan untuk mak-mak semua.. a. k. a mak-mak bawang.. kiki..sharing is caring kan..

Cara nak ajak anak suka belajar :

- Mula dari kecil lagi.  Jangan tunggu dah tadika baru nak start ajar pulak.  Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya.. tak gitu..

- Ajar anak tentang perkara asas macam mengenal ABC, 123, mengenal warna, huruf hijaiyah, dan lain-lain.

- Ajar anak mestilah dalam keadaan santai, bukan kene belajar macam nak ambil exam. Paling terbaik ajar anak sambil bermain. Korang belilah mainan anak-anak dalam bentuk pembelajaran..contoh macam di bawah ni ha...



Yang ni sambil tu boleh belajar mengenal warna sekali.. 

Anak-anak ni macam sponge apa kita ajar dia akan serap semua.. sambil main lagilah otak diorang cepat tangkap.. sambil main sambil belajar.. mesti diorang sukaaa.

- Cara lain korang sediakan la tempat khas bermain dan belajar untuk anak-anak. Barulah diorang jadi suka dan semangat nak belajar. Ni ely sharekan ruang belajar untuk anak. Masa ni rumah lama di Taman Bersatu Rawang. 


Nampak tak dah macam mini tadika.. ruang ni ely buat di ruang tamu je tau.. maklumlah rumah kecil tak ada bilik khas untuk anak.. cuma risau juga kalau selerak tu tiba-tiba ada orang datang. .hihi jenuh nak ngemas.. tapi apalah sangat janji anak happy anak suka mak pun happy.. kalau ada anak kecik ni tak yah nak perfect kemas nanti diri sendiri yang stress.. cuma kene didik dah habis main mesti kemas.. setel kan masalah.. 

Ini gambar Aisy Hafiy macam kecik.. sebelum tidur dia suka lah selak buku mama pun melayan je kan.. 


Alhamdulillah masa umur 3 tahun dah mengenal ABC,  123, warna dalam english,  Huruf Jawi..jadi pada usia 3 tahun lebih dah terus masuk tadika..jadi mudah untuk dia nak belajar dan tak ketinggalan belajar. .insyaAllah.. 

Tips lain kene sentiasa teman dan ada disisi anak selalu.. Jangalah beli buku 1 rack tapi biar anak tu baca sorang-sorang..kita tak leh nak harap anak kecik ni terus pandai pi ambik buku sendiri belajar. .mestilah kene teman dan main sama-sama.. 

Rasanya itu je kot nak share setakat ni..rasanya tak ada tips lain dah.. yang penting mak pun kene turun padang.. barulah anak seronok nak belajar.. kita memang nak anak tu jadi soleh bukan takat pandai je.. tapi dah tanggungjawab kita tau beri dia ilmu ajarkan ilmu janganlah harap 100% pada guru-guru.. 

Last but not least gambar graduationAisy Hafiy masa umur 6 tahun di Little Caliph Reef Rawang.. Alhamdulillah dapat sijil complete membaca 50 buah buku.. 




Jangan lupa mak-mak doa semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh baik akhlak dan berjaya dunia dan akhirat.. amin amin.. 

Nak jadi kawan ely meh add atau follow
FB : Ely Norsuhaili Ali

Nak free facial pun boleh
Whtsapp : 019-3738770



Wednesday 2 January 2019

PROMOSI 3 BUKU MOTIVASI RM10 SAHAJA di Tesco Rawang!!!

Assalamualaikum..

Baru-baru ni sis ada ke Tesco Rawang.
Lepas je naik eskelator terus ternampak promosi buku di sebuah kedai buku di Tesco Rawang.

Buku Motivasi Agama 3 Rm10
Ada juga novel-novel yang lain..

Oleh itu disebabkan terlajak murah makanya sis pun beli 6 buku @ Rm20..

Ada jugak kawan kirim 3 buku @ Rm10..

Sebuah buku ni harga Rm17 ke atas tapi promo kali ni sebuah Rm4 beli 3 @ Rm10

Jom layan gambar..
Dan sis sharekan antara buku yang sis pilih...tak sabar nak habiskan baca...

Ni novel.. sis bukan peminat novel..hihi

lagi novel.. murah kan.. 

Wah ni feberet sis.. 

Semua best.. ada yang dah baca ada yang belum..

Ni yang sis beli..6 sis punya..3 tu kawan kirim..


Sis sharekan 6 jenis buku yang menjadi pilihan..insyaAllah semoga bermanfaat.. 






Beli 6 @ Rm20 je uolss.. Alhamdulillah moga semakin murah rezeki tuan kedai ni..Semoga Allah permudahkan perjalanan kita untuk menimba ilmu dan menjadikan kita orang yang berjaya dunia dan akhirat.. 

Wallahualam.. 

         

Hari pertama persekolahan Tahun 1 di SRITI Selayang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2019. Syukur Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri sampai ke ke hari ini. Syukur Allah.

Macam biasa kalau masuk tahun baru satu fenomena yang biasa kita lihat ialah masuknya waktu persekolahan. Tak kisah lah tadika ke tahun 1 ke masuk sekolah baru ke. Hari pertama sekolah mak-mak memang paaaling excited sekaliiii....

Sis pun tak terlepas dengan fenomena ni. Sebab anak sis tahun 2019 dah masuk darjah 1. Allah.. dah 7 tahun dah anak mama, Allah izinkan amanah ini pada keluarga kami. 

Pilihan kami di SRITI SELAYANG atau nama penuh SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM. sekolah ni bersebelahan Dewan Siantan Selayang.  InsyaAllah kami doakan yang terbaik dan moga Allah permudahkan yang mana terbaik untuk anak kami. 

Disebabkan masih belum dapat unifrom maka Aisy Hafiy terpaksa pakai baju melayu. Jom layan gambar..

Hari pertama dah belajar naik van.. mama tunggu kat sekolah.. van dari Batu 16 bawa ke selayang.. Alhamdulillah moga Allah berkati perjalanan pergi dan balik anak-anak soleh solehah semua ni..aamin.. 

Perhimpunan Tahun 1,2 dan 3..Tahun 2019 paling senior Tahun 3 😊

Aisy Hafiy berbaju melayu pink sedang masuk barisan.. 


Depan pintu masuk Dewan Perhimpunan SRITI selayang.. 

Anak soleh mama.. 

Hari kedua berbaju melayu hijau. .Siap bawa toto sebab tengari tido sekejap sebelum sambung sesi petang.. sekali pandang dah macam nak masuk asrama.. 


Jenuh nak cari kasut haha..


Kasut anak soleh mama bumblebee tu.. Murah je beli kat parkson Rm17.90..untuk Tahun 1 memang sengaja mama belikan yang murah je sebab masih belum pandai nak jaga barang sendiri.. takut kang hilang ke tertukar je jenuhhhh..belajar bersederhana ye sayang.. 

Yang berminat nak hantar anak ke SRITI selayang atau di tempat lain. Boleh la jenguk FB dan Web diorang.. Dah boleh survey dan pergi ke pejabat untuk info lanjut. 

InsyaAllah kita merancang yang terbaik selebihnya kita serah pada Allah..

Wallahualam..