Saturday 25 April 2020

Mulut Jahat, Hatinya Baik


Tiada istilah "Mulut jahat, Hatinya baik"

Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata,

“Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering menyakiti hati jirannya dengan lidah.”

Rasulullah menjawab :

“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”

Jadi jika seseorang itu banyak beribadah tetapi akhlaknya masih jahat, maka berertilah ibadahnya tidak berbuah. Ibadah yang tidak menghasilkan buah ini samalah seperti orang menanam pokok tetapi tidak berbuah. Banyak saja pokok-pokok yang ditanam tetapi pokok-pokoknya tidak berbuah. Begitu juga, kalau seseorang itu beribadah tetapi tidak juga lahir akhlak yang baik, maka ibadahnya tidak berbuah. Dia tetap menjadi penghuni neraka.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. 

Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[3] Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah.

“Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”

Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim”
.
.
#tbstatus #copyandpaste #hidupyangbermakna #kalausalahtunjukajar

No comments:

Post a Comment