Friday, 2 August 2019

TADABBUR MENGURUS TAKDIR DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum gaisss...

Bulan March 2019 tahun ni..sis ada join satu kelas Tadabbur Al-Quran..pertama kali join seumur hidup ni....tu pun ada seorang sahabat yang sudi ajak dan war-warkan tentang kelas Tadabbur Al-Quran ni..

Nampak tak..

Pentingnya seorang sahabat yang baik..

Yang boleh bantu dan bimbing kita ke arah kebaikan..

Nak harap diri sendiri berubah memang payah dikkk...kene ada support dari sahabat yang sentiasa nasihat kita bimbing kita..barulah mudah nak istiqomah walaupun penuh dengan ujian dan cabaran..

Ok berbalik kepada Topik Kelas Tadabbur Al-Quran tadi ye..

TOPIK DIA ialah : MENGURUS TAKDIR

First sekali tengok topik tu terus sis dah rasa berkobar-kobar nak join kelas ni..Yela mengurus takdir kot..macam mana? bagaimana? macam mana nak plan dan urus takdir kehidupan sendiri dan masa depan? Lepas tu takdir tu apa? Boleh diubah atau tak boleh? Kita boleh pilih atau tak? Ehhhh macam-macam sis fikir tentang topik kelas tadabbur ni..tak sabar nak join..

Kelas start jam 10 pagi bertempat di TTDi..sis datang dari Rawang..perjalanan dalam 30-40 minit macam tu..

Dah sampai tu..Semua dah hadir..

Kelas bermula dengan ayat Al-Quran yang terpilih dibacakan dengan makna sekali dan ada cikgu terangkan berkait rapat dengan Topik yang dipilih tu.

Agak banyak nota yang sis dah tulis..

Tapi sis dapat simpulkan sedikit info tentang mengurus Takdir mengikut Al-Quran.

Sekarang baru sis faham takdir ni terbahagi kepada dua iaitu :

1) Mutlak - Yang tidak boleh diubah.

Contoh : siapa mak ayah kita / orang yang lahir dari  azali dari keluarga senang.

Yang ni tak boleh buat apa. Kita lahir dari keluarga senang atau susah semua takdir Allah dah tentukan. Dan pastinya perancangan Allah tu baik buat hambaNya. So start sekarang ni jangan bandingkan keluarga kita dengan orang lain. Itu rezeki dia. Rezeki kita Allah bagi dalam bentuk lain.

2) Berubah - yang boleh diubah dengan cara usaha dan ikhtiar.

Ibarat orang yang lahir susah tak semestinya sampai mati pun dia ditakdirkan hidup susah. Dia masih ada peluang untul UBAH TAKDIR hidup dia.

Tapi apa PILIHAN yang kita ADA?

Contoh nak Kaya..

Mencuri boleh kaya..Merompak boleh kaya..Bekerja halal boleh juga dapat duit..cuma memanglah bukan terus kaya..tapi usaha la..ambil pengalaman ke..sambung belajar ke..dan banyak lagi pilihan yang ada..berniaga ke..dll..

So disini lah titik permulaan nak mengurus takdir kita..


Cikgu pesan bila kita nak buat pilihan untuk takdir kita. Pilihlah jalan yang membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Jika pilihan kita Allah redha insyaAllah takdir dalam hidup berubah ke arah yang lebih baik.

Tapi kalau kita pilih jalan yang menempah Murka Allah..memang takdir buruk tu kita yang pilih sendiri..Masa tu jangan salahkan takdir..dah kau sendiri kerja buat benda haram lepas tu hidup porak peranda lepas tu kau salahkan takdir..Walhal dari awal kau tahu itu kerja haram tapi kau tetap buat..kesudahan mengundang murka Allah dan hidup tak bahagia..salahkan siapa?

Allahu..Sis pun baru jugak la belajar tentang ilmu kehidupan bersesuaian dan mengikut syariat agama kita Islam..sebab kadang kita blur stress lepas tu nak salahkan orang sekeliling..padahal sendiri yang pilih jalan tu..tanggunglaaa sendiri..lepas tu depression..Allahu..

Rasanya korang faham kan apa yang sis cuba nak sampaikan..InsyaAllah ada kesempatan sis cuba share lagi..

Wassalam,
Ely Norsuhaili Ali

#hidupyangbermakna

No comments:

Post a Comment