Saturday, 3 August 2019

Pengalaman Demam Denggi..seksanya Allah je tahu..

Assalamualaikum gaiss..

Hari ini genaplah 3 minggu sis terkene DEMAM DENGGI..Penyakit yang tak disangka-sangka tak terfikir langsung nak kene..sebab rasanya rumah sis dah selamat dari tempat pembiakan nyamuk aedes ni..tapi kali ni sis terpilih untuk diuji dengan Demam Denggi..tak tau dari mana datang Allah jualah yang merancang..TQ Allah..


DEMAM HARI PERTAMA - HARI KHAMIS

Bangun pagi khamis dah mula sakit kepala dan demam. Demam kali ni lain macam sebab demam yang menggigil. Nak mandi pun rasa sejuk yang amat. Tapi terpaksalah mandi dan bersiap hantar anak ke sekolah.

Bila dah hantar anak ke sekolah, sis rasa tak larat nak ke ofis. 10x fikir nak pergi kerja ke tak nak ke tak, larat ke tak ni. Sampaikan terbaring kat seat sambil fikir punyalah rasa tak larat tu kan.

End up sis terus ke klinik dan dapat MC.

Masa tu doktor bagi ubat basic jela. Sebab baru hari pertama Demam kan. Bila dah ambil MC sis terus balik rumah. Kali ni TAHAP SAKIT KEPALA dah menjadi-jadi.

Nak masuk rumah pun TAK LARAT!

Apa sis buat??

Sis tido je dalam kereta parking DEPAN RUMAH! dalam setengah-1 jam. Memang DENGGI ni akan buat korang SAKIT KEPALA.



HARI KEDUA DEMAM DENGGI - JUMAAT

Okkkk masa ni dah start MUNTAH-MUNTAH !!!

Malam tadi tido pun terjaga 3 pagi muntah. Sampai ofis beli staff belikan 100plus minum je pun muntahhhh wehhh..Apa yang masuk dalam mulut dia keluar balik..Bila sis baca balik tanda-tanda Denggi ni DEMAM, SAKIT KEPALA, SAKIT SENDI,MUNTAH,CIRIT-BIRIT..(lain orang lain tandanya)

Kepala pun dah pening-pening..

Akhirnya TEWAS kerja separuh hari je..balik dan ke klinik LAIN pulak..doktor pun tak suspek apa-apa lagi time..



DENGGI HARI KETIGA - SABTU

Berehat je kat rumah. Kepala dah pening melayang-layang. Tak boleh bangun ye nanti jatuh. So kerja sis hari itu baring dan tido sahaja. Dengan harapan makan ubat boleh baik.



DENGGI HARI KEEMPAT - AHAD

Masa ni kepala tak baik-baik masih pening huyung-hayang lagi. Ya Allah tak larat weh nak bangun. Hanya mampu baringgg je.

Petang tu sis ke KPJ RAWANG sebab tak tahan dah sangat. Check demam dah 40 doktor bagi kata putus untuk WARDED!

Lepas check darah rupanya baru tahu sis DEMAM DENGGI!!! Bacaan platlet masa ni 52! Doktor masuk dah risau katanya platlet agak drop, dan hati dah start membengkak, in case esok masih turun kene TRANSFER KE HOSPITAL SG BULOH.






DENGGI HARI KELIMA - ISNIN

Masa ni nurse bagi cawan untuk sukat berapa banyak air korang minum. Sebab demam denggi tak de ubat oi. Kene banyakkan minum air dan ke toilet. Seksa ke toilet Allah sahaja yang tahu.

Sebab kene angkut mesin masuk air tu ke toilet sekaliiii..ya rabbi....tak ke jenuh...dengan tak larat, kepala huyung,.lepas tu tangan berjarum, nak angkut mesin lagi, nak sukat air kencing lagi dalam toilet.......

Belum cerita bab check darah..1 hari berapa kali duk ambil darah..saakit wehhh...nak balikkkkk....

Waktu tengahari doktor kata platlet sis dari 52 JATUH 32 pulak..........so kene tolak ke Hospital Sungai Buloh naik ambulance....




Sedihnya Allah je tahu..sebab ingat dapat stay KPJ Rawang dapatlah anak sis datang melawat, dan rumah pun dekat..

Sampai di Emergency Hosp Sg Buloh..Macam biasaaa check lagi darah
..sakitttttt oi....lepas tu naik ward!




Sampai di ward datang sorang doktor sesi interview..Dah berapa hari demam? tanya itu ini? Ada pergi mana? Last ke mana?

Paling scary bila dapat tahu sis period masa denggi tu..doktor dah risau dan tanya heavy ke tak..? berapa kali tukar pad?

Sis memang perasan agak heavy period time denggi..masa period hari kedua dah heavy PELIK juga..sebab tak sihat pun heavy..rupanya bila time denggi period memang akan heavy pun....masa ni nak jaga supaya badan tak kehilangan darah yang banyak..Allahu..


DENGGI HARI KE ENAM - SELASA

Masa ni dah warded di Hosp Sg Buloh kat wad 7..rutin sama check darah entah berapa kali, kene minum air, kene ke toilet angkut mesin,kene rekod berapa banyak ko kencing berapa banyak kau minum air.

Masa ni badan dah START GATAL-GATAL!!

Dan ruam merah kecik-kecik dah mula TIMBUL!!

Dia punya merenyam tu tak boleh bincang! Habis gatal kaki-kaki, tapak kaki pun gatal, tangan eh semua...

Platlet dari 52, drop 32, drop 22, drop 21, drop 19, drop 17, drop 16 dan drop 15..

Platlet orang sihat normal - 150 - 450
Dan sis - 15 😪😪😪

Makin hari makin drop!

Tapi sis gigih minum air banyak. So doktor check rekod buang air pun banyak.

Masa ni ayah sis dah masakkan SUP KETAM..time denggi SELERA MAKAN MEMANG OUTTTT...

Tekak pun rasa pahit!



Yang korang tahu nak baring nak tido nak rehat..Kepala pusing..Badan lemahhh yang amat,..gatal-gatal....dan ting tong teruk....



DENGGI HARI KETUJUH - RABU

Platlet dari 15 petang tu naik 30. Masa ni doktor bagi discharge. Syukur. Tapi platlet Masih RENDAH...30 kott...

Disscharge pun dah malam..

Masa discarge doktor pesan kalau ada apa-apa TANDA muntah, cirit-birit, pendarahan kene segera balik ke emergency..Sebab masa ni belum stabil lagi platlet pun 30 je..Balik rumah pandai-pandailah jaga diri!




DENGGI HARI KE SETERUSNYA - JUMAAT - ISNIN

Sis dapat MC dari hospital selama 8 hari.

Berehat je kat rumah, tak.masak, tak mengemas tak buat banyak kerja sebab badan rasa lemahhhh yang amat. Seksa juga sebab kita ada anak dan keluarga..

Kene harap bantuan dari pasangan untuk handle kerja-kerja rumah dan uruskan anak.

Kalau ikutkan badan memang tak cukup MC 8 hari..sebab huyung lagi..tapi apakan daya dah namanya pun kerja..gagahkan diri jugak walau ting tong dan lemah sangat waktu ni..



DENGGI HARI KE-12 - ISNIN

Masa ni kene refer klinik kesihatan terdekat nak check darah. Alhamdulillah discharge hari ke 7 platlet 30 sekarang hari ke-12 platlet naik 330!

InsyaAllah masa ni mungkin denggi dah kebah..Cuma pening dan ting tong kepala tu masih ada dekat 2 minggu lebih jugak!

Pergi ofis day 1 tu badan gatal-gatal lagiii..

Ruam pun masih penuh kat kaki, peha semua..Sis redha! Hati kat bawah dekat perut pun agak SAKIT mungkin effects denggi tu sendiri.

Sekarang dah masuk 3 minggu..Syukur dah boleh jalan hidup seperti biasa..dah kurang pening, badan dah larat nak buat kerja rumah semua..Syukur sangat-sangat..

Apa yang sis amalkan masa denggi :
- Minum air masak yang banyak.
- Minum Jus Betik. Pahit tokk.
- Sup Ketam.
- Minum jus pink guava.
-100plus tapi doktor tak suggest awal minum ni sebab bergas kan.
- Berehat berehat berehat.
- Jangan buat kerja berat.


Dugaan waktu Denggi :
- Sakit kepala.
- Muntah-muntah.
- Lemah nak baring je.
- Kepala huyung.
- Badan gatal-gatal.
- Tak larat nak ke toilet.
- Hilang selera makan.
- Rasa berada di alam yang lain sebab pening.
- Sakit sendi.


PENGAJARAN DENGGI :
- Jangan pandang remeh dengan Denggi.
- Pastikan jaga kebersihan persekitaran rumah.
- Jangan buka pintu waktu pagi dan senja masa tu nyamuk aktif.
- Jangan ada air bertakung.


PENGAJARAN WAKTU SAKIT :
- Bersyukurlah anda sihat.
- Bersyukurlah dapat Solat dengan selesa.
- Bersyukurlah dapat ke toilet dengan selesa.
- Bersyukurlah masih ada tenaga dan kudrat nak bekerja dan melakukan apa-apa.


Tu jela sis nak share setakat ni...

Dengar penyakit biasa ala denggi..

Tapi bila dah rasa baru tahu azab dia macam mana..Hatta nak solat pun dugaan juga. Sebab lemah sangat dan huyung lagi kepala..SUMPAH sis rindu nak SIHAT!!!!

Terima kasih sudi baca.

Semoga kita semua terlindung dari penyakit dan musibah..Sakit penghapus dosa..Semoga kita belajar untuk menerima dan redha apa jua ujian yang Allah turunkan kat kita.


Keratan akhbar terbaru selepas 2 minggu sis kene denggi..Mujur umur sis panjang lagi..T____T

Ada orang kata sekali dah kene denggi, mudah nak kene lagi buat kali ke dua..Ya Allah.......moga dijauhkan dari denggi ni..aamin aamjn..

Wassalam..
Ely Norsuhaili Ali

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete