Thursday, 19 January 2017

Sentiasa Bersyukur dengan apa yang kita ada..

*This touched me.*

*There was a blind girl who hated herself because she was blind.*

*She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.*

*She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'*

*One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.*

*He asked her,’ Now that you can see the world, will you marry me?'*

*The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.*

*Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'*

*This is how the human brain often works when our status changes.*

*Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.*

*Life Is a Gift*

*Today before you say an unkind word -*

*Think of someone who can't speak.*

*Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.*

*Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to ALMIGHTY GOD for a companion.*

*Today before you complain about life -*

*Think of someone who died too young.*

*Before you complain about your children -*

*Think of someone who desires children but they're barren.*

*Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep -*

*Think of the people who are living in the streets.*

*Before whining about the distance you drive*

*Think of someone who walks the same distance with their feet.*

*And when you are tired and complain about your job -*

*Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.*

*But before you think of pointing the finger or condemning another -*

*Remember that not one of us is without sin and we all answer to one MAKER.*

*And when depressing thoughts seem to get you down -*

*Put a smile on your face and thank GOD you're alive and still around.*

*And before you think of closing your Whatsapp messenger, Please think of sending this to as many people as you like...It might change someone's thinking towards Life.*
*Remain blessed.*

Saturday, 14 January 2017

Dimana nak cari keropok lekor terengganu yang sedap??

Alhamdulillah syukur semua customer puas hati dengan keropok lekor ganu yang saya jual...

Memang di terengganu ada banyak kedai yang jual keropok lekor..tapi nak cari yang sedap tu payah benor..lagi pulak kalau tak biasa pegi terengganu..

Ada juga kedai yang femes tapi susah pula nak pegi beli..nak beratur panjang bagai..nak pegi dah satu hal..dah sampai kedai punyerlah panjang nak beratur..

Keropok lekor yang saya jual ni insyaAllah antara yang tersedap di Pantai Timur..yang best siap dengan sos sekali..sos pun terbaikkk...

Nak order whtsapp sahaja 019-3738770

COD Keropok Lekor Terengganu di Rawang dan KL..

Assalamualaikum..
Selamat Berhujung Minggu buat semua sahabat...

Nak bagitahu pasal cod keropok lekor ganu ni..Ada yang tanya boleh cod area mane..

Ok macam ni..saya tinggal di Rawang Selangor..COD adalah di area Rawang /Selangor yang dekat la dan sekitar KL..

Min order untuk cod 5 bungkus
Dan charge cod dari Rm15 ikut tempat

Kalau nak datang Rawang..
Boleh datang di PETRONAS TAMAN BERSATU RAWANG..

Dari selayang akan jumpa tesco Rawang terus je balik kiri satu 1 petronas..

Nanti boleh terus call 019-3738770..
Rumah saya area situ je..

Untuk area KL dan tempat lain pernah juga kita cod waktu malam, tengoklah bila free kan..kdg2 mmg nak keluar so alg2 p COD sekali..

Untuk hrga charge COD tu mmg kita tgk kawasan..nampak mcm dekat kdg2 pusing2 xjumpa sesat patah balik..kdg2 yg kedalam sgt tempatnyer..kdg tu cod cuaca hujan, jadi akan ada rintangan utk kami smp ke destinasi..

Paling nak senang customer boleh bagi tempat strategik untuk jumpa..cth stesen minyak ke dekat dgn mall ke atau tepi jalan mane2 ke..sbb ada yg tak selesa utk smp depan rumah..sbb tak kenal kan..

Jom siapa lagi nak cod boleh la collect order dari kawan-kawan..kita hantarkan sekali..

Whtsapp 019-3738770
Like fb page : Keropok Lekor Ganu Sedap
Follow ig : ely_lekorganu

Friday, 13 January 2017

Ilmu Pelaris Perniagaan dengan surah Al Waqiah.....

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk naikkan followers dan buat post viral.

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beberapa hari sebelum Nasi Ayam Umi viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

Sunday, 25 December 2016

Idea untuk susun atur buku...

Assalamualaikum..
Sebenarnya sedang mencari idea untuk mencari rak buku..sebab kapasiti buku di rumah dah melebihi had yang ditetapkan..
Yang paling senang google cari dekat IKEA..buat masa ni save dulu..baru nak tengok-tengok mana yang ok..sesuai dengan harga dan ruang simpanan..disebabkan rumah pun sederhana je diikuti budget yang tak seberapa..mmg kene ambil masa sikit nak pilih yang mana satu sesuai..
Bila tengok brg IKEA tak semestinya kene beli IkEA jugak..kdg2 kita boleh buat rujukan dari IKEa..then blh cari perabot lebih kurang sama dekat kedai perabot lain..cuma tula ambil masa sikit..dah namapun budget yg tak seberapa sgt..
Tak pasti nak ambil yang rak biasa atau yang lekat kat dinding...sbb ruang tamu pun macam dh crowded sgt......saja nak share gmbr2 yang dah diambil buat rujukan..ada rezeki adelah..kita merancang aje kan..mana tahu kwn lain pun ada tgh survey skrg ni..bolehla membantu..

Saturday, 24 December 2016

BISIKAN DUIT...BISIKAN DUIT.....

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : Pitis
Org putih :  Money
Org arab  : Fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat LEMAH, Namun aku boleh MEMPORAK PERANDAKAN penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga BOLEH mengubah perilakumu dari baik menjadi JAHAT, bahkan sifat manusia, kerana manusia sentiasa MENGEJAR dan MENGIDOLAKAN aku.

Banyak orang BERUBAH keperibadiannya kerana aku, ada yang MENGKHIANATI temannya, ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan IMANNYA demi mengejar aku.. Hebatkan aku??

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang SOLEH & JAHAT, tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan DARJAT, menentukan KAYA atau MISKIN & rasa DIHORMATI atau TERHINA.

Aku bukan IBLIS, tapi orang selalu melakukan perkara yg KEJI demi mengejar aku.

Aku juga bukan org KETIGA tapi banyak suami isteri BERPISAH gara2 mengejar aku, adik beradik BERTELINGKAH dan saling MEMBENCI kerana aku. Anak dan orang tuanya BERSELISIH FAHAM gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan TUHAN tetapi manusia sanggup MENYEMBAH aku seperti TUHAN, bahkan kerap kali manusia sekalan lebih MENGHORMATI aku,
padahal para ULAMA sudah berpesan jangan jadi HAMBA DUIT.

Aku tidak pernah MENGORBANKAN diriku untuk sesiapapun, tapi ramai orang sanggup MATI demi aku.

Suka aku ingatkan, aku bole ditukar utk menjadi RESIT ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk MEMANJANGKAN UMUR kamu.

Kalau SUATU HARI nnt kamu dijemput oleh ALLAH SWT, aku tak boleh MENEMANI KAMU. Apalagi utk menjadi PENEBUS dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn ALLAH SWT SENDIRIAN tanpa aku.

Saat itu, ALLAH pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan??

Ini BISIKAN Terakhirku:

Aku TIADA DI SYURGA, jadi jangan sesekali mencari aku di sana.

CADANGAN aku :

1. Jangan terlalu SAYANG dgn aku
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr ZAKAT
3. INFAKKAN aku sebanyak yang mungkin
4. SEDEKAH aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih BAROKAH di dunia dan akhirat.

Jangan jadi hamba DUIT. Wallahu a’lam.

Wednesday, 21 December 2016

Minum green tea untuk kurusss...?????

Assalamualaikum..

Terasa nak share pasal green tea malam ni..sebenarnya dah lama tahu khasiat green tea ni..Dari dulu minum green tea cap BOH jugak tapi kurang pekat..

Harga sekotak 25 uncang Rm5 lebih.
Agak murah. Tapi tak pekat.
Biasa rendam 2 uncang sekali kalau nak betul-betul pekat.

Tapi sekejap minum sekejap tak.

Baru-baru ni saje pi kedai nak mula balik minum green tea..terjumpa yang baru punya green tea cap BOH "Sencha Green Tea" ni...kotak lebih lawa..harga agak mahal sedikit dari yang lama..

Sekotak 20 uncang. Harga Rm8 lebih.
Mahal sikitla dari yang lama.
Tapi dua-dua masih dijual.

So pilihan hati nak cuba yang baru ni.
Dah cuba sekotak. Memang puas hati..
Sebab lebih pekattttt....
Lebih terasa air teh hijaunyer tu..

Biasa minum kat ofis..
Buat air suam2 dalam botol..
Rendam 1 uncang green tea BOH..
Tak perlu letak gula pun..
Sambil buat keje sambil minum..
Nak lebih best ramai syorkan letak perahan jus lemon..

Antara kesan minum green tea ni ialah selalu ke toilet..buang air kecil lebih lawas..kadang-kadang terasa lebih banyak berpeluh dari biasa..

Banyak dah terbaca air green tea ni elok untuk detoks..so sesuai sangat kalau nak kurus..inshaAllah..

Jom tengok kelebihan green tea ni.

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.
Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.
Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.
‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.