Monday, 25 May 2020

Rendang Daging Mama Ely

Assalamualaikum..

Tahun ni perayaan hari raya berbeza daripada tahun-tahun lepas..Disebabkan penularan wabak kes covid 19 tahun ni raya dalam tempoh pkpb..

PKP Pun PkP lah masak tetap masak..

Kali ni nak share resipi rendang daging mama ely..haha..nak share kat sini sebab nanti kalau lupa akak kau rujuk balik je sini..hihi..

Sis idokler rajin atau pandai sangat buat rendang ni..tapi disebabkan tak balik kampung tahun ni mohler kita belajar cara buat rendang daging..alhamdulillah menjadikkk...

Jom..

Bahan - Bahan:
  • 1 kg daging (direbus hingga lembut, simpan air rebusan daging)
  • 1 kotak santan
  • 1 labu bawang besar  (blend)
  • 6 ulas bawang putih (blend)
  • 6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 inci halia (blend)
  • 2 inci lengkuas (blend)
  • 6 batang serai (4btg blend, 2btg ketuk)
  • 4 sudu besar cili giling (ikut tahap kepedasan)
  • 2 paket kerisi
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 1 paket pes rendang daging adabi
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula merah 

Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling, gula merah, pes daging.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan air rebusan daging tadi biarkan sebati.
  3. Masukkan kerisik dan air asam jawa dan sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan santan kotak biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api.

Saturday, 25 April 2020

Resipi Biskut Mazola

Nak park sini dulu 
Nanyi rajin nak buat la 

Resipi Biskut Mazola

Bahan-bahan :-

2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang tanah yang belum dikisar(di goreng tanpa minyak, di buang kulit dan kisar halus)
1 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
Minyak jagung daisy atau minyak Mazola secukupnya
1 biji kuning telur-untuk hiasan
Kacang tanah yang belum di kisar-untuk hiasan

Cara-caranya :-
Gaul tepung, serbuk kacang tanah, gula halus dan garam hingga sebati.

Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lembut dan boleh di bentuk.

Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan. Saya just uli bulat-bulat guna tangan dan leperkan.

Susun dalam dulang yang digriskan dengan mentega atau di lapik dengan baking paper.
Hiasakan dengan belahan kacang tanah(tak letak pon boleh) dan sapukan dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga kekuningan mengikut oven masing-masing.

Mulut Jahat, Hatinya Baik


Tiada istilah "Mulut jahat, Hatinya baik"

Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata,

“Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering menyakiti hati jirannya dengan lidah.”

Rasulullah menjawab :

“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”

Jadi jika seseorang itu banyak beribadah tetapi akhlaknya masih jahat, maka berertilah ibadahnya tidak berbuah. Ibadah yang tidak menghasilkan buah ini samalah seperti orang menanam pokok tetapi tidak berbuah. Banyak saja pokok-pokok yang ditanam tetapi pokok-pokoknya tidak berbuah. Begitu juga, kalau seseorang itu beribadah tetapi tidak juga lahir akhlak yang baik, maka ibadahnya tidak berbuah. Dia tetap menjadi penghuni neraka.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. 

Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[3] Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah.

“Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”

Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim”
.
.
#tbstatus #copyandpaste #hidupyangbermakna #kalausalahtunjukajar

Sunday, 1 March 2020

Aktiviti berenang di Kompleks Sri Siantan Selayang

Assalamualaikum..

Kat sini aku nak share sikit antara aktiviti yang aku dah lama mengidam nak buat is aktiviti berenang..

Dulu masa zaman bujang memang aku rajin berkubang dalam kolam renang dekat rumah sewa dulu dekat Casaria Cheras dan satu lagi dekat Apartment San Peng dekat Hang Tuah nun disinun..

Apa yang best bila berenang ni memang boleh release tension habis.. Berinteraksi badan kau dengan air ciptaan alam ni feeling nikmat. Lagi-lagi kalau kau pandai terapungkan badan dalam air, subhanallah. Sambil kau baring dan kau boleh pandang langit. Dapat imagine tak nikmatnya tu.

Tapi sejak dah kahwin dan kau pun dah pindah rumah teres memang tak dak dah kemudahan pool drkat area rumah kau.

Nak keluar pun tak tau area mana, lagi bawak anak kecik.

Nak jadi cerita bila anak dah darjah 1 sekarang dah masuk darjah 2 ni, kebetulan sekolah dekat SRITI Selayang Baru betul-betul bersebelahan dengan kolam renang Kompleks Sri Siantan.

Apa lagi aku pun try pergi bawak anak sekali mandi kat sana. Bestttt kemain lahaiiii. Bukan kata anak, mak mak kau sekali tak nak naik balik hahaha.

Bayaran :
Kanak-kanak Rm2.00
Dewasa Rm4.00

Selipar sandal tinggal luar.

Nak masuk kene lah berpakaian yang sepatutnya. Kene pakai baju renang. Untuk anak-anak yang nak mandi kolam dewasa mesti pakai swimming cap. Dewasa pun. Cuma perempuan pakailah tudung renang. Baru ni aku baru beli dekat Butik Haleema. Nantilah aku share gambar.

Waktu operasi seperti berikut :

Hari cuti aku pi pagi. Hari bekerja aku pi malam. Aci tak. 




Jangan risua kalau mandi waktu malam memang ada lampu dan terang je kat kawasan tu. Cuma kau tolong tengok baik-baik jadual operasi sebab ada masa dorang tutup dalam sejam dua. Jangan kau datang dorang tutup kau kene tunggu pulak nanti.

Kedalaman kolam dewasa memang agak dalam dari 1.2meter dan 1.8meter.

Kalau tak reti berenang better bawak peneman. Biasa ramai jugak orang datang sebab ada kelas berenang sekali.

Kalau dah padat pandai-pandailah kau nak cari port. Kedalaman dia hujung kiri kanan 1.2 meter, dan tengah 1.8meter. Bagi aku agak dalam. Aku pun berani mandi tepi-tepi je haha. Nak berenang tempat dalam pun port aku tepi. So kalau pancit aku ke tepi. Gila kau agak jauh nak berenang stamina kene ada teknik pun kene betul. Kene macam aku main belasah je separuh kolam je aku lepas. Pastu rehat pastu sambung balik. Githuuu.

Untuk yang berminat nak ambik kelas renang ni aku ada tangkapkan gambar. Bolehlah roger untuk anak-anak.


Gitulah ceritanya. Selama ni aku hari cuti duk lepak rumah sampai naik lemau. Sekarang ni aku dah ada port best. InsyaAllah ada kelapangan aku pi sini je ha.

Berjumpa lagi.

Wassalam.


Sunday, 16 February 2020

RAWATAN DARUS SYIFA SURAU AL IKHWAN RAWANG

Assalamualaikum,

Kat sini aku nak berkongsi rawatan islam yang biasa kita dengar iaitu Darus Syifa. Aku pun dah beberapa kali ke Darus Syifa dekat Rawang ni dekat Surau Al Ikhwan Rawang Perdana.

Sekejap aku share banner dia ni


Rawatan hanya dibuat pada hari sabtu dan ahad sahaja.

Dari Jam 2 petang hingga 6.30 petang.

Semalam aku pergi buat rawatan pun sebab aku lelah dan asthma agak teruk.

Sambil makan ubat doktor sambil tu aku ikhtiar juga dengan perubatan islam insyaAllah.

Bila sampai kat sana, korang diminta isi beberapa maklumat seperti :

- Nama
- Nama Ibu
- Umur
- Alamat
- Penyakit yang dihadapi

Lepas tu akan ditulis nombor giliran, dan bila tiba giliran nama korang akan dipanggil.

Masa isi maklumat tu korang boleh beli terus air mineral dan produk yang dijual kat situ, Air mineral tu tujuan dia supaya korang bawa masuk jumpa ustaz nanti insyaAllah ustaz doakan dan kita ikhtiar sahaja segala kesembuhan adalah milik mutlak Allah Taala.

Aku sempat beli 1 botol air mineral dengan satu jenis bunga kering ni dipangggil bunga mukmin atau bunga ratu pari.

Aku sendiri pun baru pertama kali gak jumpa bunga ni. Bila aku baca ada beberapa khasiat dia jap aku share. Harga Rm10.00. Cara dia basuh dan rendam 2 kuntum bunga dalam air panas. Agak-agak dah kembang dah boleh minum. Warna air seakan-akan warna teh tu. Rasanya pun ok, tak pahit tak kelat.




Ni aku googlekan apa manfaat dan kebaikan bunga mukmin

Khasiat Bunga Mukmin / Bunga Ratu Pari

Sejak dahulu bunga herba perubatan ini telah diamalkan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti:
-Mengembalikan tenaga setelah penat bekerja
-Lenguh-lenguh sendi/Sakit Urat
-Mencegah dan mengubati kencing manis pada peringkat awal
-Melancarkan perjalanan kencing
-Batu Karang
-Mencegah dan mengubati darah tinggi pada peringkat awal
-Mengawal bacaan gula bagi penyakit kencing manis
-Mengawal tekanan darah tinggi-selalu sakit kepala
-Pulih tenaga batin
-Membakar lemak berlebihan dalam badan (kuruskan badan)
-Merawat jerawat dan mencantikan kulit.
-Melancarkan pembuangan air besar untuk menyingkirkan racun-racun di dalam badan
-Melancarkan perjalanan haid
-Menghilangkan bau badan
-Menyejukan badan
-Menguruskan Badan
-Gastrik
-Mengurangkan Lemah dan Angin dalam badan
-Menghilangkan kelesuan , lemah lemah serta lenguh-lenguh seluruh badan
-Menyempitkan faraj (pulih dara)
-Kebas pada Tangan/Kaki
-Pitam
-Penat/Lelah
-Berak Darah(Buasir)
-Gaut(Ghout)
-Resdung
-Sakit Pinggang/Dada
-Angin Dalam Badan
-Wanita Lepas Bersalin

Monday, 25 November 2019

Hati-hati dengan Doa Isteri..




MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
.
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
.
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
.
Sambil masak doa untuk suami,sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
.
Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
.
"ya الله ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak"
.
.
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
.
.
-EncikMatt-

Monday, 23 September 2019

Saya suka masak sarapan pagi spageti goreng..

Assalamualaikum gaiss..

Tengah malam ni tetiba rajin nak update blog..tak lain tak bukan haruslah pasal makanan..

Sebenarnya pagi tadi sis ada buat sarapan pagi spageti goreng..kebetulan ada yang tanya resipi..sis post balik kat new entry hari ni..insyaAllah..

Sebelum tu sis nak bagitahu dalam banyak-banyak menu sarapan pagi yang pernah sis buat..sis suka masak spageti goreng ni..sebab mudah je..sedap pun sedapppp..

Sis punya style memang jenis masak apa yang ada je tau..dan campak-campak..bukan jenis tahap pro nak perfect kene ada itu ini..no no no..sia ni rakyat biasa aje..mana yang ada di dapur sis sapu..

Sebelum tu nak share sis beli spageti brand Kimball je biasa beli kat Mydin..tiap-tiap bulan mesti beli sepaket dua buat stok!

Harga sebungku adalah dalam Rm3-Rm4..

Boleh masak setengah paket untuk 1 hidangan..atau 1 paket untuk simpan 2 hari makan..

Ni jenis-jenis spageti yang sis tau..

Ni spageti jenis besar

Ni spageti jenis halus..feberet ni..

Ni yang spiral pun feberet..

Yang ini macaroni..pun suka jugak..

Yang ni tak pernah lagi cuba..

Ala padahal sama je kan..cuma sos je lain dan cara masak tu..

So kita layan spageti yang dah dimasak..simple-simple je..




Nak resipi boleh rujuk posting yang lepas..

Klik sini >>> Resipi Spageti Goreng

Sekian saja..Selamat Mencuba..

Wassalam..